IPOH: Tandas di semua restoran dan kafe di bandar raya ini diwajibkan memperoleh penarafan empat bintang atau berdepan tindakan lesen premis tidak diperbaharui berkuat kuasa Januari tahun depan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata tindakan itu adalah usaha pihaknya yang mahu peniaga di bandar raya ini lebih bertanggungjwab dan serius dalam menjaga kebersihan tandas.
Katanya lagi, ia juga bertepatan dengan harapan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memastikan tandas awam mencapai standard 'Bersih, Menawan dan Wangi (BMW)'.
"Kita memang sentiasa periksa tandas-tandas awam dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kita bagi mereka (masa) sampai hujung tahun ini.
"Kalau mereka (peniaga) tidak boleh naik taraf kepada empat bintang, kemungkinan kita tidak akan perbaharui lesen perniagaan bagi tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Jun di Dewan Mesyuarat MBI, di sini pada Selasa.
Bagaimanapun menurut Rumaizi, tindakan tegas tersebut hanya akan dilakukan sekiranya pemilik restoran atau kedai makan itu mengambil sikap acuh tak acuh, setelah amaran dikeluarkan.
"Alasan yang selalu mereka beri kalau ditanya tentang tandas kotor ialah pengunjung ramai dan tiada masa untuk bersihkan.
"Sebelum tindakan MBI tidak perbaharui lesen, kita akan beri amaran terlebih dahulu dan beri peluang kepada mereka, jika masih berdegil dan sebagainya maka kita akan batalkan lesen," katanya lagi.
Terdahulu, pada mesyuarat tersebut, salah seorang Ahli Majlis MBI membangkitkan isu tandas awam di beberapa lokasi di bandar raya ini yang begitu kotor dan tidak diselenggara dengan sebaiknya.
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat 2,847 premis restoran dan kafe dalam kawasan MBI, dan kesemuanya mencapai tahap kebersihan tandas tiga bintang ke atas.
"Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI terus meningkatkan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan tandas awam di premis makanan mencapai tahap BMW," katanya.
Beliau berkata, sehingga 26 Jun tahun ini, sebanyak 592 daripada 897 tandas premis restoran dan kedai makan yang telah dinilai mencapai tahap empat bintang dan ke atas.
Sebanyak 288 tawaran kompaun bernilai RM67,500 telah dikeluarkan di bawah UUK 4(1) Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan 1981 atas pelbagai kesalahan termasuk kebersihan tandas awam.
"Apa yang berlaku di Ipoh ini sebenarnya ada satu kejutan, sebelum ini Ipoh sunyi saja. Tetapi bila kita gerakkan aktiviti pelancongan, orang ramai datang berganda-ganda.
"Jadi mereka (peniaga) belum biasa, sebagai contoh kita tanya pada bandar pelancongan seperti Cameron Highlands, permulaannya memang begitu... sebab itu kita bagi peniaga di sini masa untuk terima perubahan tersebut," katanya.
Aida Aziz
Tue Jun 27 2023
Ketika ini, terdapat 2,847 premis restoran dan kafe di Ipoh dan kesemuanya mencapai tahap kebersihan tandas tiga bintang ke atas. - Gambar hiasan/kayak.com
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Lesen restoran, kafe di Ipoh tidak diperbaharui jika tandas kotor
Tandas di semua restoran dan kafe di bandar raya ini diwajibkan memperoleh penarafan empat bintang atau berdepan tindakan lesen premis tidak diperbaharui berkuat kuasa Januari tahun depan