Ditayangkan tanpa sebarang caj tambahan, saluran itu akan bermula pukul 12.01 tengah malam, Isnin ini, hingga 11.59 malam, 3 November depan.
RUSI, yang bermaksud 'rasa' dalam bahasa Tamil, direka khusus untuk menceriakan sambutan Deepavali dengan menyajikan pelbagai program masakan tradisional dan moden.
Tidak ketinggalan, saluran itu turut menampilkan cara membuat pastri dan bakeri dengan mudah, selain travelog makanan serta tip memasak.
Melalui saluran itu, pelanggan Astro dapat menikmati lebih daripada 270 jam program masakan tanpa henti seperti Anal Parakuthu (musim satu dan musim dua), Maracurry Mess, Oh My Bakery, Kitchen Killadigal, Enge Vettu Chef, Samayal Singgari, Pasikithu Lah!!, Parambariya Samayal, Semmaiyaana Saapaadu, Rasikka Rusikka (musim satu hingga musim enam ), Namakku Sooru Than Mukkiyam, dan MasterChef India Tamil.
Menariknya, RUSI juga sesuai ditonton semua lapisan masyarakat yang ingin mempelajari masakan India, memandangkan sari kata dalam bahasa Malaysia dan Inggeris disediakan untuk memudahkan pemahaman.
Menurut Ketua Kandungan Indian Customer Business (ICB) Astro, Jegan Manickam Wash, kandungan yang disiarkan itu sesuai untuk semua lapisan penonton, dari tukang masak yang mencari inspirasi untuk hidangan Deepavali mereka, hinggalah peminat makanan yang ingin menerokai kepelbagaian masakan India.
"Penonton yang gemar mencuba resipi tradisional dengan sentuhan moden juga berpeluang menikmati pilihan yang menarik, sementara bagi mereka yang sukakan makanan pencuci mulut pula, boleh menantikan pelbagai manisan yang enak dan sedap.
"Sama ada anda seorang tukang masak berpengalaman atau mereka yang baru ingin belajar memasak hidangan istimewa untuk keluarga pada Deepavali ini, RUSI menawarkan sesuatu yang menarik kepada semua.
"Dari hidangan klasik yang kaya dengan tradisi hingga resipi kontemporari, saluran ini pastinya menjadi tontonan wajib sepanjang sambutan Deepavali," katanya di sini pada Sabtu.
RUSI boleh ditonton melalui televisyen, Astro GO, On Demand dan NJOI. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton!