KUCHING: Tiada kes penyakit kuku dan mulut (FMD) melibatkan lembu dan kambing yang diternak di Sarawak setakat ini, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Beliau berkata Sarawak telah mengharamkan pengimportan lembu dari Indonesia berikutan wabak tersebut dikenal pasti di Kalimantan Barat.
Justeru, beliau berkata ternakan yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di negeri ini adalah sihat serta bebas penyakit.
"Jabatan Veterinar telah mengenakan sekatan atau Kawalan Pergerakan Ternakan dari kawasan kawalan FMD ke kawasan yang lain. Setakat ini, bahagian yang telah diwartakan sebagai kawasan kawalan FMD ialah Kuching, Serian, Sri Aman, Miri dan Limbang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Sarawak memerlukan kira-kira 2,000 ekor lembu setiap tahun bagi ibadah korban dan bekalan haiwan itu adalah mencukupi.
Ibadah korban oleh umat Islam dilaksanakan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah (esok) dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1443H sebelum berakhir waktu Asar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Ternakan yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di Sarawak adalah sihat serta bebas penyakit. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Korea Selatan sahkan kes baharu LSD
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang lembu di Wonju, 86 kilometer tenggara Seoul.
Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu
Penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.
Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.
DVS tarik balik arahan gantung import lembu, kerbau dari Australia
DVS telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuatkuasa serta-merta.
LSD: Australia uji ternakan lembunya susulan pemberhentian import Indonesia
Australia sedang menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu dari empat fasilitinya kerana bimbang penularan wabak.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.
Penternak lembu di Batu Gajah bimbang kes ternakan dicuri semakin berleluasa
Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang.
Lebih 185,000 lembu dijangkiti LSD di India
LSD merupakan satu endemik di kebanyakan negara Afrika dan mula merebak ke China dan Asia Tenggara sejak 2019.
Lemas punca 11 ekor lembu mati
Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sedang mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan itu.