LUMUT: Seorang lelaki warga Myanmar cedera parah dipercayai ditikam rakannya ketika kedua-duanya bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah kolam ikan di daerah Manjung, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya menerima panggilan dari wad kecemasan Hospital Seri Manjung kira-kira 12.50 tengah malam, mengenai seorang lelaki warga Myanmar berumur awal 30-an ditikam di bahagian dada dengan objek tajam.
"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.30 malam ketika mangsa dan suspek yang tinggal di sebuah pondok di kawasan kolam ikan itu dikatakan mabuk selepas minum minuman keras.
"Difahamkan, mereka telah bergaduh sebelum suspek bertindak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kecil di bahagian dada sebelah kiri. Punca pergaduhan masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Nor Omar berkata suspek kemudiannya telah menghubungi pemilik kolam yang bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
"Pemilik kolam kemudian membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil siasatan juga mendapati mangsa bekerja di kolam ikan itu, manakala suspek hanya menumpang tinggal di pondok berkenaan," katanya.
Nor Omar berkata susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 35 tahun kira-kira pukul 2 pagi Sabtu dan merampas barang kes yang digunakan di dalam kejadian itu.
"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung untuk permohonan reman yang telah dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut," katanya.
Nor Omar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 35 tahun kira-kira pukul 2 pagi Sabtu. - Gambar hiasan
GISB: Pembentangan kertas cadangan anak asuhan ditangguhkan
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan 572 kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan sementara.
[TERKINI] 9 termasuk 4 isteri ahli lembaga GISB dilanjut reman
Sembilan termasuk empat isteri Ahli Lembaga GISB Holding Sdn Bhd dilanjutkan reman antara satu dan dua hari.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Lagi pemimpin Hamas mati dalam serangan Israel
Pemimpin Hamas Tulkram Zahi Yaser Abd al-Razeq Oufi antara 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar itu yang diduduki di Tebing Barat.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini
Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut METMalaysia.
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan 11 individu termasuk Dr Mashitah, suami
Polis selesai merakam keterangan 11 individu termasuk bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan suaminya berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Siasatan kes pemerdagangan manusia dikaitkan bekas menteri dilakukan dengan tertib, cermat
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis juga akan memanggil beberapa lagi individu yang terlibat untuk melengkapkan kertas siasatan.
Dr Mashitah nafi terlibat sindiket pemerdagangan manusia
Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan penglibatannya dalam aktiviti sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).