Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas terbabit dalam kes penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian mencecah RM3.5 juta di sekitar negeri Kedah.
Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Sahabudin Manan berkata suspek ditahan di hadapan sebuah bank di Kota Sarang Semut kira-kira 4.30 petang semalam dan polis merampas dua keping kad ATM serta sebuah telefon bimbit jenis Huawei milik suspek.
"Semalam kita mendapat aduan daripada seorang mangsa lelaki berusia 24 tahun yang mendakwa telah melaburkan wang sebanyak RM50,000 kepada suspek," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini hari ini.
Menurutnya, modus operandi suspek adalah memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan 50 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan setiap dua minggu, namun sehingga kini, pelabur-pelabur belum menerima keuntungan yang dijanjikan.
Suspek dikatakan baru sahaja menjalankan aktiviti penipuan itu dan sehingga kini lebih 10 orang telah menjadi mangsa dan polis percaya lebih ramai lagi yang belum tampil membuat laporan.
"Suspek juga tidak mengiklan atau mempengaruhi mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, tapi kita percaya ia lebih daripada kaedah mulut ke mulut," kata Shahabudin.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim-skim pelaburan yang menjanjikan pulangan mewah dalam masa yang singkat.
Suspek yang berasal dari Sungai Limau, Yan, direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Sik Supt Mohd Ismail Ibrahim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, menggantikan DSP Chan Keat Seng yang memangku jawatan itu sejak 28 Mac lalu.
Chan memangku jawatan itu berikutan kematian Supt Abd Hadi Hassan pada 27 Mac lalu akibat serangan jantung.
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di bilik mesyuarat IPD Kubang Pasu itu disaksikan Sahabudin sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2017
![Lelaki tipu Forex babit kerugian RM3.5 juta ditahan di Kota Sarang Semut Lelaki tipu Forex babit kerugian RM3.5 juta ditahan di Kota Sarang Semut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437011059_AUSTRALIASTOCKMARKET.jpg)
Orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim-skim pelaburan yang menjanjikan pulangan mewah dalam masa yang singkat. - Gambar hiasan
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720769828_Scam.jpg)
Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS
Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan forex.
![Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606551596_HassanRouhani.jpg)
Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham
Rouhani, tokoh politik reformis, berkhidmat sebagai Presiden Iran selama dua penggal antara 2013 dan 2021.
![BNM campur tangan di pasaran forex, bendung pergerakan mata wang berlebihan BNM campur tangan di pasaran forex, bendung pergerakan mata wang berlebihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685074291_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM campur tangan di pasaran forex, bendung pergerakan mata wang berlebihan
Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya, akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.
![Dijanjikan keuntungan forex 120 peratus, penjawat awam rugi RM21,550 Dijanjikan keuntungan forex 120 peratus, penjawat awam rugi RM21,550](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649237684_scmageneric.jpg)
Dijanjikan keuntungan forex 120 peratus, penjawat awam rugi RM21,550
Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM21,550 apabila diperdaya sindiket pelaburan matawang asing (forex) yang tidak wujud.
![Sindiket forex berselindung di sebalik perniagaan telekomunikasi tumpas Sindiket forex berselindung di sebalik perniagaan telekomunikasi tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607048120_TBFOREXCHINATUMPAS.jpg)
Sindiket forex berselindung di sebalik perniagaan telekomunikasi tumpas
Hasil serbuan mendapati 23 lelaki dan 15 wanita serta seorang pengelola syarikat sedang sibuk berurusan menggunakan telefon bimbit disyaki sedang memancing pelanggan.
![Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582703938_TBAnwarIbrahim.jpg)
Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar
Skandal Forex merupakan kerugian pertukaran wang asing sekitar RM31.5 bilion antara 1991 hingga 1994 oleh Bank Negara pada 90an.
![Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436321875_AGUSYUSOFF.jpg)
Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis
Menurut Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, jika diteliti audio ucapan itu jelas dilihat dibuat oleh golongan tertentu untuk menimbulkan fitnah.
![Pemilik syarikat produksi bergelar datuk ditahan, bantu siasatan kes forex Pemilik syarikat produksi bergelar datuk ditahan, bantu siasatan kes forex](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Pemilik syarikat produksi bergelar datuk ditahan, bantu siasatan kes forex
Suspek yang berusia 35 tahun itu telah ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara (AMLA) di Menara 238, Jalan Tun Razak kira-kira 5.30 petang semalam.
![Forex: Suami isteri ditahan di KLIA2 sebaik tiba dari luar negara Forex: Suami isteri ditahan di KLIA2 sebaik tiba dari luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61522328672_AmarSinghIsharSin.jpg)
Forex: Suami isteri ditahan di KLIA2 sebaik tiba dari luar negara
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata lelaki berusia 56 tahun bersama isterinya 55, ditahan sejurus pulang dari negara jiran selepas keluar negara sejak 11 Feb lepas.
![Hutang 1MDB RM42 bilion boleh dibayar, bukan macam kerugian forex - PM Najib Hutang 1MDB RM42 bilion boleh dibayar, bukan macam kerugian forex - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61517549629_NajibRazak.jpg)
Hutang 1MDB RM42 bilion boleh dibayar, bukan macam kerugian forex - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung hutang berjumlah RM42 bilion.