Sepasang suami isteri yang diburu sebelum ini kerana dipercayai mendalangi sindiket penipuan pelaburan tukaran wang asing atau forex ditahan sebaik sahaja pasangan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata lelaki berusia 56 tahun bersama isterinya 55, ditahan sejurus pulang dari negara jiran selepas keluar negara sejak 11 Feb lepas.
Katanya setakat ini polis menahan lima suspek utama sindiket itu termasuk tiga lelaki yang ditahan pada 10 Feb lepas.
"Sindiket ini dipercayai bermula pada 2013 sehingga Ogos 2016 dan seramai 70,000 mangsa dianggarkan menjadi mangsa sindiket ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya polis turut merampas hartanah bernilai RM10.4 juta antaranya rumah Semi D, sebuah kondominium, sebuah lot kedai dan dua lot kilang milik pasangan terbabit.
Selain itu, polis turut merampas lapan kenderaan mewah suspek jenis Mercedes Benz, Porsche Cayenne, BMW dan Audi selain 50 jam tangan pelbagai jenama yang dianggarkan kesemuanya RM12 juta.
Pada 10 Feb lepas, polis menahan tiga individu kerana disyaki terlibat dalam sindiket itu melibatkan kerugian hampir RM1 bilion.
Suspek-suspek ini memperdayakan mangsa untuk menyertai pelaburan berkonsepkan pertukaran mata wang asing serta mengaburi mangsa dengan mengadakan seminar di hotel-hotel, menawarkan jaminan keuntungan 12 peratus setiap bulan, menggunakan syarikat yang berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan melibatkan penganjur atau pengurusan atasan yang bergelar Datuk.
Sementara itu, dalam kes berasingan Amar Singh berkata seorang pengerusi sebuah badan kebajikan antara 10 yang ditahan di sekitar Sepang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan tuntutan pencen ilat dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan syarikat insurans melibatkan kerugian masing-masing bernilai RM1.2 juta.
Menurutnya, lapan lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 34 hingga 60 tahun itu ditahan dalam Op Ilat pada 13 Mac lepas.
"Kami menerima 24 laporan polis berkaitan kes ini dan sindiket berkenaan dipercayai telah dijalankan sejak September 2016. Modus operandi yang digunakan anggota sindiket ini ialah mengemukakan permohonan kepada Perkeso dan insurans dengan memanipulasikan laporan perubatan," katanya.
Katanya, pengerusi badan kebajikan yang merupakan suspek utama telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada 26 Mac 2018 manakala terdapat beberapa ahli sindiket yang masih direman dan ada yang sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018

Amar Singh (tengah) berkata, pihaknya menerima 24 laporan polis berkaitan kes penipuan tuntutan pencen ilat dan sindiket berkenaan dipercayai telah dijalankan sejak September 2016. --fotoBERNAMA

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.

51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.

Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS
Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan forex.

Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham
Rouhani, tokoh politik reformis, berkhidmat sebagai Presiden Iran selama dua penggal antara 2013 dan 2021.

BNM campur tangan di pasaran forex, bendung pergerakan mata wang berlebihan
Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya, akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

Dijanjikan keuntungan forex 120 peratus, penjawat awam rugi RM21,550
Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM21,550 apabila diperdaya sindiket pelaburan matawang asing (forex) yang tidak wujud.

Sindiket forex berselindung di sebalik perniagaan telekomunikasi tumpas
Hasil serbuan mendapati 23 lelaki dan 15 wanita serta seorang pengelola syarikat sedang sibuk berurusan menggunakan telefon bimbit disyaki sedang memancing pelanggan.

Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar
Skandal Forex merupakan kerugian pertukaran wang asing sekitar RM31.5 bilion antara 1991 hingga 1994 oleh Bank Negara pada 90an.

Audio tiru suara Anwar macam projek pelajar kolej - Penganalisis
Menurut Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, jika diteliti audio ucapan itu jelas dilihat dibuat oleh golongan tertentu untuk menimbulkan fitnah.

Pemilik syarikat produksi bergelar datuk ditahan, bantu siasatan kes forex
Suspek yang berusia 35 tahun itu telah ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara (AMLA) di Menara 238, Jalan Tun Razak kira-kira 5.30 petang semalam.

Forex: Suami isteri ditahan di KLIA2 sebaik tiba dari luar negara
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata lelaki berusia 56 tahun bersama isterinya 55, ditahan sejurus pulang dari negara jiran selepas keluar negara sejak 11 Feb lepas.