GERIK: Seorang lelaki yang terjatuh dalam Tasik Temenggor, dekat sini, pada petang Selasa, ditemukan lemas, lewat malam tadi.
Mayat mangsa, Muhamad Zulfaqar Zulkarnaen, 33, ditemui sekitar jam 11.30 malam.
Mangsa difahamkan bertanggungjawab mengurus rumah bot berkenaan dan juga merupakan anak kepada seorang anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang.
Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh dari bot kecil di rumah bot berkenaan semasa sedang menambat tali sauh.
“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota beberapa agensi dan jarak ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh adalah dalam anggaran 15 minit perjalanan,” katanya.
Menurutnya, seramai 31 orang terlibat dalam operasi yang terdiri daripada masing-masing enam angota bomba dan polis, di samping polis marin (2), Pasukan Gerakan Am (3), Rela (4) dan NGO serta orang awam (10).
Tambahnya, operasi dibantu dengan tujuh buah bot, masing-masing dua daripada bomba dan polis serta tiga bot NGO dan orang awam.
Sabarodzi berkata, pada jam 11.18 malam, komander operasi melaporkan mangsa telah dijumpai oleh adik mangsa serta rakan-rakannya yang membuat pencarian menggunakan bot persendirian.
“Mereka melaksanakan teknik ‘casting’ pancing pada permukaan tasik yang mana telah tersangkut pada badan mangsa, seterusnya ditarik naik ke atas bot,” jelasnya.
Katanya, mangsa telah ditunda menggunakan bot ke Jeti Trojan untuk diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 12.15 tengah malam, untuk tindakan selanjutnya.
Operasi diketuai Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Penolong Penguasa Bomba Azizan Aziz tamat jam 12.30 tengah malam.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 23 2024

Mangsa telah ditunda menggunakan bot ke Jeti Trojan untuk diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 12.15 tengah malam, untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'
Tindakannya yang pantas dan berani menjadikannya sensasi di media sosial dengan gelaran 'Mask Qipao Superwoman'.

Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya
Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini.

Operasi cari dua remaja dikhuatiri lemas di Kampung Tepus disambung pagi ini
Operasi diteruskan jam 9 pagi melibatkan 25 anggota BBP Pantai Remis, Pangkor, Seri Iskandar dan Kuala Kangsar, polis dan penduduk sekitar.

Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika cuba mengambil bola dalam Sungai Perak
Kedua-dua mangsa berusia 16 tahun, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah, Parit.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.

Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.