JERTIH: Seorang lelaki mendakwa kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanya, terjatuh dan bertaburan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, pada 11 pagi semalam.
Ibu lelaki itu, Che Safiah Abdullah, 63, berkata anaknya Wan Ibrahim Wan Leh, 24, terlupa yang dia telah meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang tersebut.
"Selepas kejadian itu, Wan Ibrahim mengalami kemurungan dan hanya berkurung di dalam bilik, memandangkan wang tersebut dikumpulnya sejak empat tahun lalu hasil pendapatan sebagai tukang gunting di bandar Jertih.
"Lebih menyedihkan Wan Ibrahim, wang itu untuk dia beli kereta sendiri sebab kereta yang digunakan sekarang milik kakaknya dan dia mahu jelaskan hutang dan upah haji arwah bapa kandung dan bapa tirinya," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Lak Lok di sini, hari ini.
Che Safiah berkata anaknya yang masih bujang itu, meletakkan beg berisi wang tersebut di atas but kereta kerana terlebih dahulu mahu membersihkan bahagian dalam kereta, namun dia terlupa wang berada di situ dan terus memandu ke arah bandar.
Wan Ibrahim menyedari wang tersebut terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok.
"Setiba di situ beberapa orang awam yang membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya, telah menyerahkan balik wang tersebut kepada anak saya berjumlah sekitar RM30,000, namun ada individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai telah mengambil wang tersebut.
"Anak saya kemudian pergi membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut dan kami berharap agar mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada keluarga saya," katanya.
Che Safiah berkata kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai berhampiran.
Dia turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai baki wang tersebut boleh menghubunginya di talian 013-5395538.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Wan Ibrahim menyedari wang tersebut terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok. -Gambar hiasan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura: Peluang Pelaburan dan Kerjasama Strategik
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membolehkan Johor dan Singapura memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk menarik pelaburan global. Wartawan Astro AWANI Firdaus Azil menemubual Chong Khai Siang, Ketua Pegawai Eksekutif Austin Heights Group, mengenai peluang dan kerjasama strategik ini.
PIFF 2025: Mencipta kejayaan, memperkasa usahawan
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) yang memegang mandat membangunkan industri francais Malaysia bakal menganjurkan PERNAS International Franchise Festival (PIFF) 2025. Ikuti temu bual bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah yang berkongsi tarikan utama serta apa yang menarik sepanjang festival tiga hari itu.
[KOLUMNIS] Perlombongan dasar laut dalam: Bersediakah Malaysia?
Mineral dasar laut dalam ini berpotensi menyokong pengeluaran besar-besaran elektronik penting seperti telefon pintar dan tablet.
New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool
Gol penyamaan Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Salah jaringkan gol untuk mendahului pada minit ke-70.
Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.
'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain
'Deepfake' ialah video, gambar atau klip audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kelihatan seperti benar.
AWANI Pagi: Kekuatan alumni bantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN
Presiden Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Khalek Awang berkongsi bagaimana kekuatan alumni universiti berperanan dan boleh dimanfaatkan untuk menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Nantikan diskusi 7:30 pagi bersama penyampai Nursyazwani Saiful Sham dan Amirul Aiman.
Zaidatul Husniah perlu tunggu pengesahan WA - Ballard
Ballard berharap WA akan mengemas kini maklumat yang dihantar oleh KOM secepat mungkin selepas cuti panjang sempena perayaan.
AmBank terbit “Ringgit Thieves” untuk cetus kesedaran penipuan kewangan
"Ringgit Thieves" diilhamkan daripada peristiwa sebenar yang mengetengahkan pelbagai taktik dan modus operandi yang digunakan oleh penipu.
Lelaki rugi RM30,000, wang tunai berterabur di jalan raya
Che Safiah berkata kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai berhampiran.