Seorang lelaki yang memperoleh keuntungan sehingga RM5,000 sebulan dengan menjual sijil cuti sakit palsu ditahan polis bersama-sama seorang ejennya dalam dua serbuan berasingan semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Noorzainy Mohd Noor yang mengesahkan penangkapan itu hari ini berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di Penaga kira-kira pukul 3.00 petang, sejam selepas ejennya, seorang mekanik, 30, diberkas.
Menurutnya penangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat pengurus sumber manusia sebuah syarikat swasta di Sungai Puyu, semalam selepas mendapati sijil cuti sakit yang dikemukakan dua orang pekerja syarikat itu mencurigakan.
"Pengurus itu menerima dua sijil cuti sakit daripada dua pekerjanya yang dikeluarkan oleh sebuah hospital kerajaan dan turut mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan namun syarikat tersebut mengesyaki ia adalah sijil sakit palsu," katanya di sini.
Beliau berkata pihak syarikat itu telah membuat pengesahan dengan pihak hospital dan mendapati bahawa nombor siri pada sijil cuti sakit tersebut adalah tidak wujud dan pegawai perubatan yang mengesahkan sijil cuti sakit tersebut juga tidak berkhidmat di hospital tersebut.
Noorzainy berkata siasatan awal polis telah membawa kepada penangkapan mekanik itu yang bekerja di syarikat berkenaan sebelum memperolehi maklumat lanjut dan menahan dalang utama kes itu di Penaga.
"Siasatan mendapati lelaki kedua yang menganggur itu merupakan dalang utama menjalankan kegiatan menjual sijil sakit palsu dan dia dipercayai mencetak sijil-sijil sakit tersebut daripada internet sebelum menjualnya kepada ejen-ejennya," katanya.
Suspek kedua ini juga dikatakan menjual setiap sijil sakit palsu berkenaan dengan harga RM10 kepada ejen-ejennya yang dipercayai bekerja di kilang-kilang sekitar Daerah SPU dan Seberang Perai Tengah dan ejen-ejen ini pula menjualnya kepada pekerja-pekerja lain pada harga di antara RM15 dan RM20 setiap satu.
"Siasatan juga mendapati dalang tersebut menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lepas dan dia dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM5,000 setiap bulan," katanya.
Katanya kedua-dua lelaki itu kini direman selama empat hari bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis juga sedang mengesan ejen-ejen lain yang menjual sijil sakit palsu berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019
![Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544623222_handcuff.jpg)
Siasatan awal polis telah membawa kepada penangkapan mekanik itu yang bekerja di syarikat berkenaan sebelum memperolehi maklumat lanjut dan menahan dalang utama kes itu di Penaga. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679309707_TBSitiNuramiraAbdul.jpg)
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.
![Cuti sakit pekerja boleh dipinda Cuti sakit pekerja boleh dipinda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677971920_Cutisakitpekerjab.jpg)
Cuti sakit pekerja boleh dipinda
Kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.
![Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670416141_SitiBainun.jpg)
Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.
![Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590570548_IstanaKehakiman.jpg)
Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
![COVID-19: Rakyat Malaysia antara 690 kes baharu di Singapura COVID-19: Rakyat Malaysia antara 690 kes baharu di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586964887_TBCovidSingapore.jpg)
COVID-19: Rakyat Malaysia antara 690 kes baharu di Singapura
Singapura pada Rabu telah mengenal pasti lima kluster baharu iaitu di 11, Defu Lane 1; 106, International Road; 33, Senoko Way; 17, Shaw Road; dan 182, Taman Perindustrian Woodlands E5.
![COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587165136_JacobiMedicalCente.jpg)
COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji
Jururawat dan pekerja kesihatan yang bertugas di Pusat Perubatan Jacobi di New York menyatakan protes terhadap polisi baharu yang dilaksanakan di tengah kebimbangan krisis COVID-19, pada Jumaat.
![SPRM soal siasat doktor yang keluarkan MC kepada Rosmah - Peguam SPRM soal siasat doktor yang keluarkan MC kepada Rosmah - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580877735_TBRosmahMansor.jpg)
SPRM soal siasat doktor yang keluarkan MC kepada Rosmah - Peguam
Kata Sri Ram, persoalannya ialah sama ada tertuduh sihat atau sebaliknya untuk menghadiri perbicaraan, oleh itu, SPRM perlu menyiasat perkara tersebut dan mereka hanya menjalankan tugas.
![Rosmah didakwa boleh pengaruhi keputusan kerajaan - Pendakwa Rosmah didakwa boleh pengaruhi keputusan kerajaan - Pendakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580877735_TBRosmahMansor.jpg)
Rosmah didakwa boleh pengaruhi keputusan kerajaan - Pendakwa
Pendakwa utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Rosmah sendiri tidak mempunyai kedudukan rasmi tetapi mempunyai pengaruh besar kerana sifatnya yang suka menguasai orang lain.
![Kimanis Memilih: Kecederaan tidak halang hadir tunaikan tanggungjawab Kimanis Memilih: Kecederaan tidak halang hadir tunaikan tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578974133_TBx.jpg)
Kimanis Memilih: Kecederaan tidak halang hadir tunaikan tanggungjawab
Menurut Iswandy, kecedaraan yang dialaminya ketika menjalani latihan badminton baru-baru ini tidak mematahkan semangat untuk keluar mengundi pada PRK kali ini.
![Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544623222_handcuff.jpg)
Lelaki raih RM5,000 sebulan jual cuti sakit palsu ditahan
Lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di Penaga kira-kira pukul 3.00 petang, sejam selepas ejennya, seorang mekanik, 30, diberkas.