TAPAH: Seorang lelaki yang mengugut dan memukul kepala seorang wanita seperti dalam satu video tular dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah, di sini pada Jumaat.
Mohamad Zaim Faiz Tarmizi, 29 tahun mengaku salah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari bagi setiap pertuduhan bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula tarikh sabitan.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Selangor itu didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 24 tahun, dengan kata ugutan "pecah muka kau sat lagi" di kilometer (km) 22 Jalan Tapah-Cameron Highlands berhampiran Pusat Peranginan Lata Iskandar, dekat sini pada 5.33 petang, 5 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki berkenaan didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita berkenaan di lokasi, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara pertuduhan kedua dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana menyifatkan tindakan lelaki itu kesalahan serius selain ia sebagai mesej kepada orang ramai untuk tidak mengulangi tindakan sedemikian.
"Kes ini sedang tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan awam. Jadi mahkamah harus mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan juga orang awam untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya," katanya.
Walau bagaimanapun, Mohamad Zaim Faiz merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana dia menyara seorang anak dan isteri yang sedang mengandung lapan bulan.
Ketika ditanya oleh Siti Hanum selain rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata kejadian itu berlaku apabila wanita berkenaan gagal memotong kenderaannya dan tindakannya itu boleh mengancam nyawa ahli keluarganya yang turut berada dalam kenderaannya.
"Saya nak luahkan, dalam kejadian itu, pengadu yang membuat laporan cuba memotong tapi (laluan) bertentangan ada kereta.
"(Tindakan) itu boleh mengancam keluarga saya dan nyawa, sebab itu saya marah sangat kerana dalam kereta ada anak dan isteri saya," katanya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Siti Hanum menasihatkan tertuduh agar berfikir dahulu sebelum bertindak dan setiap tindakan ada kesan dan akibatnya yang bukan sahaja terhadap diri sendiri malah ahli keluarga dan masyarakat.
Media pada Selasa melaporkan lelaki terbabit ditahan di sekitar Serdang, Selangor selepas mangsa berusia 24 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Siasatan awal polis mendapati, insiden tersebut berlaku sekitar jam 5.33 petang pada Isnin ketika mangsa dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya berusia 17 tahun.
Kejadian dikatakan berlaku akibat salah faham di atas jalan raya sekitar pusat peranginan Lata Iskandar apabila mangsa cuba memotong sebuah kereta Proton Persona yang berada di hadapannya, namun tidak dapat berbuat demikian.
Terdahulu tular video berdurasi 1 minit memaparkan tindakan seorang lelaki berbadan tegap memakai baju merah keluar dari kereta dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi dan memukul kepala pemandu terbabit.
Amirrul Rabbani
Fri Jun 09 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat. - Astro AWANI
Tiada sistem air di dunia dapat tangani kebakaran Los Angeles - Pakar
Dalam usaha pihak berkuasa berusaha menilai kerosakan dan mencari punca kebakaran, persoalan timbul adakah tahap kemusnahan itu boleh dikurangkan atau ia adalah normal baharu dalam era bencana berkaitan perubahan iklim.
Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
4,500 kes amputasi di Gaza - Pegawai kesihatan
4,500 kes amputasi direkodkan akibat serangan udara dan darat berterusan oleh Israel ke atas Gaza, sehingga akhir 2024.
[TERKINI] Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
Satu kes baharu jangkitan Mpox dilaporkan pada 10 Januari 2025, menjadikan jumlah keseluruhan kes Mpox sebanyak 12 kes sejak Julai 2023.
Latihan percubaan bermula Ahad, 130 pelatih sukarela lapor diri
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.
Lebih banyak pusat pemindahan sementara di Johor dibuka
Setakat ini 18 PPS dibuka empat daerah di Johor, 12 jalan terputus hubungan akibat banjir yang melanda Kota Tinggi.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam penerbitan peta Israel yang mendakwa mempunyai "hak wilayah bersejarah" di Palestin dan sebahagian besar Jordan, Lubnan dan Syria.
Lelaki pukul kepala, ugut wanita dipenjara tujuh hari
Kejadian dikatakan berlaku akibat salah faham di atas jalan raya sekitar pusat peranginan Lata Iskandar.