JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki bisu dan pekak bagi membantu siasatan kes bekas majikannya yang ditemukan berlumuran darah di Jalan Pertanian 26, Taman Universiti, Skudai di sini pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada orang awam pada jam 10.56 malam.
"Mangsa yang berusia 45 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini kerana mengalami kecederaan di bahagian tangan, muka dan telinga dipercayai terkena objek tajam.
"Hasil tindakan pantas polis pada jam 12.15 tengah malam tadi berjaya menahan suspek yang merupakan warga tempatan berusia 26 tahun di rumahnya di Taman Universiti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, pakaian digunakan suspek yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu semasa kejadian turut dirampas.
Jelasnya, semakan lampau mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan tiga kes jenayah dan satu kes dadah.
"Motif kejadian kerana mangsa dikatakan tidak membayar gaji semasa suspek bekerja dengannya sebagai kelindan lori," ujar beliau.
Suspek katanya, direman selam tiga hari bermula Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 01 2023

Polis menahan seorang lelaki bisu dan pekak bagi membantu siasatan kes bekas majikannya yang ditemukan berlumuran darah di Jalan Pertanian 26, Taman Universiti, Skudai pada Jumaat. -Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lelaki pekak, bisu cederakan bekas majikan tak bayar hutang
Mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).