KULAI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Indah Pura, di sini pada Ahad.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Che Deris, sebuah jentera Emergency Medical Services (EMRS), satu Hilux dan tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 3.07 petang.
Katanya, kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hiace yang dijadikan bas kilang dan kereta Toyota Camry.
"Terdapat seorang mangsa tersepit dalam kereta Toyota Camry dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas serta pengusung sementara pemandu Toyota Hiace selamat.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.
"Operasi ditamatkan jam 3.42 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 17 2023
Kemalangan maut melibatkan sebuah Toyota Hiace yang dijadikan bas kilang dan kereta Toyota Camry di Jalan Indah Pura. -Foto Sinar Harian
BAP untuk keperluan anak-anak, sekolah tak boleh kenakan potongan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah amanah besar yang mesti digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak dan sekolah tidak boleh mengenakan potongan, pesan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews
#AWANInews
38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu ini, didorong optimisme
Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu ini, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.
Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Dalam temu bual eksklusif ini, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengulas mengenai prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia melebihi 5% pada tahun 2025, daya tahan ekonomi, dan pelbagai isu lain yang mempengaruhi ekonomi negara.
Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Pagi: Patutkah iklan makanan tidak sihat diharamkan di Malaysia?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Felo Institut Penyelidikan dan Pembangunan Dasar (IRDP) Dr Farhan Rusli, yang akan mengupas secara mendalam impak iklan makanan tidak sihat terhadap pola pemakanan rakyat, keberkesanan polisi sedia ada, dan langkah yang perlu diambil untuk melindungi kesihatan awam di Malaysia.
Kereta penerbit filem musnah terbakar
Bagaimanapun kebakaran Perodua Axia milik lelaki itu tidak membabitkan mangsa.
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
Kenderaan masuk laluan bertentangan punca enam maut di Semporna - Polis
Kereta dipandu lelaki berumur 34 itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan kenderaan MPV.
Anwar dijadual bertemui PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Lelaki maut tersepit nahas dua kenderaan
Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hiace yang dijadikan bas kilang dan kereta Toyota Camry.