KLUANG: Seorang pemuda maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggangi kedua-duanya berlanggar dengan sebuah kenderaan yang membuat pusingan U di Kilometer 73 Jalan Johor Bahru-Air Hitam dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan pada jam 8 pagi itu melibatkan motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha 135LC dengan sebuah kereta.
"Hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha 135LC itu dari arah Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam.
"Semasa kejadian kedua-dua penunggang motosikal itu disyaki mengelak kereta yang membuat pusingan U lalu bergesel antara satu sama lain sebelum melanggar kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu penunggang motosikal Honda Wave, Azmi Mohamad, 44, beralamat di Simpang Renggam cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, penunggang motosikal Yamaha 135LC, Muhamad Azri, 24, juga beralamat di Simpang Renggam, cedera di kepala dan kini di rawat zon kuning di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di sini.
Dakwanya, pemandu kereta berkenaan yang tidak dapat dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya melarikan diri.
"Usaha mengesan kereta dan pemandunya yang dikatakan punca kemalangan tersebut sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 22 2023

Seorang pemuda maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 73 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kluang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

Tiada jawatan dalam Kabinet, Hadi pantau ahli laksana tugas
Beliau turut menjelaskan keputusan memilih Muhyiddin menjadi perdana menteri adalah untuk menghalang Pakatan Harapan membuat 'pusingan u' buat kali kedua berikutan sokongan yang sentiasa berubah-ubah.

Kembali ke PAC atas reformasi, bukan soal pusingan U - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar sekali lagi menegaskan keputusannya untuk kembali menyertai PAC adalah atas agenda reformasi kerajaan dan bukan soal 'pusingan U'.

Kajian holistik sebelum buat keputusan pengiktirafan UEC - Dr Maszlee
Meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Cikgu Jaafar buat pusingan 'U', kembali ke pangkuan Amanah
Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan 'U' apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.

Pembangkang memang suka 'U-Turn' - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang gemar membuat pusingan U selepas mengumumkan akan mengekalkan GST jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.

PAS Permatang Pauh buat 'pusingan U' sokong calon PKR
Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.