Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan 'U' apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan selepas bertindak keluar parti pada Rabu lepas.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata bermula hari ini Jaafar akan bersama-sama dengan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.
"Jaafar akan bertugas sebagai anggota Amanah dan Ketua Kawasan Kota Raja. Berhubung jawatan beliau sebagai pengarah pilihan raya Amanah Selangor ia akan dibawa dalam perbincangan di peringkat nasional," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar di sebuah hotel di sini hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri antaranya Penolong Setiausaha Amanah Kota Raja, Mohd Norddin Che Omar dan Pengerusi Biro Integrasi Amanah Selangor, S. Lakshamanan.
Sementara itu, Jaafar berkata beliau akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Amanah hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai semula parti berkenaan.
Pada Rabu lepas, Jaafar yang keluar daripada Pas dan menyertai Amanah pada 2016, dilaporkan bertindak keluar parti kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara anggota parti serta atas beberapa alasan peribadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 20 2018

Jaafar berkata beliau akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Amanah hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai semula parti berkenaan. - Foto Sinar Harian

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.

Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.