PAS kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini bertegas tidak akan memberi sokongan kepada calon PKR jika mereka tidak menarik balik kenyataan tidak menyokong hudud membuat 'pusingan U' apabila melancarkan jentera pilihan raya mereka malam ini.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.
"Kita telah mendapat arahan daripada majlis syura ulama yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan.
"Semuanya sudah selesai," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS Kawasan Permatang Pauh oleh Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu, di sini.
Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh timbul apabila PAS kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Ia juga mahukan PKR memohon maaf secara terbuka untuk mendapat sokongan PAS kawasan itu pada PRK berkenaan.
Ditanya sama ada rakan sekutunya itu telah memohon maaf atau tidak, Omar berkata: "(Isu itu) tidak ditimbulkan lagi...perkara itu sudah selesai".
Sementara itu, Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata mesyuarat bersama pemimpin pusat dan kawasan kedua-dua parti itu malam semalam telah mencapai kata sepakat, selain PAS kawasan Permatang Pauh menyatakan sokongan kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Perbezaan pandangan akan ada sehingga hari kiamat. Kita manusia akan mencari jalan penyelesaian... berbincang ke arah kebaikan dan penyatuan," katanya.
Beliau berkata jentera pilihan raya parti akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon pakatan rakyat.
PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.
Calon BN Suhaimi Sabudin yang juga setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh akan ditentang Presiden PKR Dr Wan Azizah, Salleh Ishak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.
Bernama
Sun Apr 26 2015

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.

Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.

Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.

"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.

Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.

PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.

Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.

Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.

Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.

Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.