KUNAK: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam sungai dengan ketinggian 4.5 meter di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang, di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Sanuddin Djidi, 43, yang memandu lori 10 tan itu disahkan meninggal dunia di lokasi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi.
Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer dari BBP Kunak.
"Menurut laporan, kemalangan membabitkan lori muatan kelapa sawit 10 tan jenis Nissan UD yang terbabas sendiri di bahu jalan lalu jatuh ke dalam sungai dengan ketinggian kira-kira 4.5 meter.
"Terdapat seorang mangsa terlibat iaitu pemandu lori yang tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.45 pagi," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang, Kunak. - Sinar Harian
Panjat tingkap tandas, pelajar universiti awam maut tergelincir dari tingkat 33
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir ketika memanjat keluar dari tingkap tandas yang pintunya rosak.
SPRM fokus banteras 'grand corruption', kembalikan aset negara pada 2025
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dalam aspek perolehan, penguatkuasaan, dan ‘grand corruption’ pada tahun hadapan.
Panjat tingkap tandas, pelajar universiti awam maut tergelincir dari tingkat 33
Seorang penuntut perempuan sebuah universiti tempatan maut selepas terjatuh dari tingkat 33 sebuah apartment di Kajang, pada Rabu.
Suruhanjaya Negara siasat punca pesawat Azerbaijan Airlines terhempas
Melalui kerjasama pihak berkuasa Kazakhstan, Pejabat Peguam Negara Azerbaijan sedang menyiasat punca kejadian dan membuka kes jenayah.
Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pembangkang Korea Selatan kemuka usul dakwa Pemangku Presiden, undi ditetapkan Jumaat
Parti Demokratik telah berikrar untuk mendakwa Han melainkan pemangku presiden meluluskan pelantikan calon hakim yang dicadangkan mereka.
China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza
China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.
Isteri pemimpin Syria yang digulingkan dilapor hidap leukemia kronik
Asma al-Assad sedang diasingkan untuk mencegah jangkitan dan tidak boleh berada di dalam bilik yang sama dengan individu lain.
Pantau Agenda Reformasi: Ombak yang mengubah Aceh
Dua dekad tsunami 2004, namun kenangan dan kesannya masih terasa di seluruh dunia. Bagaimana tragedi ini mengingatkan kita tentang kekuatan alam dan pentingnya solidariti global dalam menghadapi bencana? Adakah kita telah belajar dan memperkuat sistem mitigasi bencana melindungi nyawa dan komuniti di masa depan?
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
Lelaki maut, lori dipandu jatuh sungai
Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam sungai di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang, Kunak.