Seorang lelaki maut manakala seorang wanita melecur dalam kebakaran di bilik di sebuah rumah di Taman Sri Bakri 3, Muar, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata mayat Lim Liah Chin, 35, ditemui dalam keadaan melecur kira-kira 80 peratus di loteng bahagian atas rumah berkenaan sejurus kebakaran dipadamkan.
"Bomba menerima panggilan kebakaran itu menerusi talian MERS 999 pada 1.03 tengah hari tadi dan seramai 12 anggota bomba bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar serta Pagoh termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Jefri berkata wanita berkenaan yang dianggarkan berumur 50-an dihantar ke hospital oleh EMRS, namun, identitinya belum dapat dikenalpasti kerana dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mayat Lim diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi pemadaman di bilik yang 90 peratus terbakar tersebut tamat pada 5.55 petang tadi.
Punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020
![Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435595400_KebakaranFire.jpg)
Menurut bomba, punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu sedang disiasat.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/41531479708_ahlongcatmerah.jpg)
Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat
Polis Pahang terima sembilan laporan polis iaitu lima kes simbah cat merah serta empat kes baling bom petrol yang disyaki didalangi lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun itu.
![Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435595400_KebakaranFire.jpg)
Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita melecur dalam kebakaran di bilik di sebuah rumah di Taman Sri Bakri 3, Muar, hari ini.
![Pemilihan bahagian Bakri ditangguh ekoran lebihan undi Pemilihan bahagian Bakri ditangguh ekoran lebihan undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529847639_UMNO.jpg)
Pemilihan bahagian Bakri ditangguh ekoran lebihan undi
Setiausaha UMNO bahagian berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan.
![Kor Ming tak patut cakap macam tu - Wan Azizah Kor Ming tak patut cakap macam tu - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525697921_WanAzizah.jpg)
Kor Ming tak patut cakap macam tu - Wan Azizah
Tindakan Pengerusi DAP Perak memperlekehkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berceramah di sebuah majlis yang tersebar di media sosial turut mendapat kritikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
![SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494690058_HANDCUFF.jpg)
SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah
Sumber memberitahu bahawa lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada kira-kira 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.