Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan berunsur jelik terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke laman media sosial, ditahan di Selangor semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan suspek berusia 48 tahun itu susulan laporan polis yang diterima pihaknya di sini semalam kira-kira pukul 10 pagi berhubung penyalahgunaan laman media sosial.
Tangkapan ke atas suspek itu kemudian dilakukan di Proton Holdings Bhd, Taman Perindustrian HICOM, Batu Tiga dekat Shah Alam, kira-kira pukul 5 petang.
"Polis telah merampas dua buah telefon bimbit jenama Nokia dan Samsung bersama kad sim yang dipercayai digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Suspek memuat naik kenyataan jelik itu melalui aplikasi kumpulan WhatsApp 'R.O.L.S' menggunakan nama Karim Arim bertujuan untuk menghina serta menyakitkan hati Tunku Ismail.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Bernama
Sat Aug 13 2016
Datuk Wan Ahmad Najmuddin berkata, penahanan dibuta susulan laporan polis yang diterima.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Polis tahan lelaki hina TMJ di media sosial
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes ugutan jenayah dan khianat.
Polis buat permohonan lanjut tempoh reman penyampai radio hina TMJ
Polis akan memohon untuk menyambung tempoh reman terhadap seorang pelakon dan penyampai radio selepas dia disyaki memuat naik kenyataan jelik menghina Institusi Diraja Johor.
Lelaki keluarkan kenyataan jelik terhadap TMJ ditahan
Penahanan suspek itu susulan laporan polis yang diterima pihaknya kira-kira pukul 10 pagi berhubung penyalahgunaan laman media sosial.
Polis tahan nelayan dipercayai hantar mesej hina TMJ di Facebook
Polis menahan nelayan berusia 46 tahun itu yang dipercayai pemilik akaun 'Minah Pendek' pada kira-kira 11 pagi tadi.
Jangan tangkap, biar yang menghina bersemuka dengan saya - TMJ
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan agar pihak polis tidak menangkap individu yang mengeluarkan kenyataan menghina baginda.
Polis ingin hubungi lelaki bantu selesai kes hina institusi diraja Johor
Lelaki itu kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan.