MERSING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, ditemukan lemas petang tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata mayat Hafiz Nursalam Ahmad, 21, ditemukan di perairan Kuala Tenglu kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian pada pukul 6.30 petang oleh orang awam yang turut serta dalam operasi pencarian dan mangsa juga telah dikenal pasti oleh ahli keluarganya.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 7.10 malam tadi.
Terdahulu, media melaporkan Hafiz Nursalam yang berasal dari daerah itu sering mencari kerang di kawasan berkenaan namun beliau dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak pukul 10 pagi Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024
Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut, ditemukan lemas petang tadi. - Foto Sinar Harian
19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan
Kegembiraan sekumpulan pelajar kolej menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Menurut bomba, Salmah dan anaknya dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Pelajar mati lemas di kawasan air terjun di Sarikei
Seorang pelajar remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi selepas menyiapkan kajian bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Wong Ruan.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Empat sekeluarga, pemancing nyaris lemas di Pengkalan Balak
Empat sekeluarga termasuk tiga remaja berusia 15 tahun nyaris lemas akibat dihanyutkan ombak besar ketika mandi-manda di Pantai Pengkalan Balak di sini tengah hari tadi.
Warga emas mangsa insiden perlanggaran dua perahu ditemukan lemas
Mayat Dos Katiek ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.
Pekerja feri dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, Antonius Permisi, 45, sedang melakukan kerja mengangkut baja dengan menggunakan feri.
Lelaki hilang selepas lori terhumban ke dalam laut ditemukan lemas
Jasad Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter.
Lelaki dipercayai lemas lori dipandu terjatuh laut
Seorang lelaki dipercayai lemas setelah lori dipandunya terjatuh ke dalam laut dalam kejadian dekat Pelabuhan Barat di sini pada Ahad.
Remaja lemas ketika mandi bersama rakan di Air Terjun Pecah Batu
Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Aqif Mikhail Ali Arafat, 15, dikatakan mandi di sungai berkenaan bersama beberapa rakannya.