KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
"Siasatan terhadap lelaki itu telah selesai dijalankan selepas pejabat Timbalan Pendakwa Raya bersetuju dengan cadangan untuk melakukan pertuduhan kerana memiliki senjata api terhadapnya.
"Baki 14 lagi individu yang masih dalam tahanan akan disambung reman bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Terdahulu, pasangan suami isteri yang didakwa menjual senjata api kepada warga Israel itu meminta untuk dibicarakan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor pada Isnin.
Azim Mohd Yasin, 43, dan isterinya Syarifah Faraha Syed Husin, 41, mengaku tidak bersalah ketika didakwa di bawah Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971 di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Dalam perbicaraan tersebut, Syarifah dituduh memiliki CZ75 P-01 CAL.9 Luger secara tidak sah manakala suami dituduh menyedari pemilikan senjata haram itu oleh isterinya kerana berada bersamanya.
Sebelum ini, Razarudin mendedahkan penahanan suspek lelaki warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang.
Polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru selain dua pasport iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 11 2024

Razarudin berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.

Empat individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel, ditahan - KPN
Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.

Persaingan kumpulan mafia mungkin hanya alasan, motif sebenar lelaki Israel masih disiasat
Usaha PDRM ketika ini adalah menentukan motif sebenar saspek, selain memburu lebih daripada dua lagi individu lain bagi membantu siasatan

Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.