KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan pasport antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki warga Iran, Rabu lepas.
Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata suspek berusia 58 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu, ditahan dalam satu operasi khas di sebuah premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
"Hasil semakan lanjut mendapati, lelaki ini telah tinggal di Malaysia lebih 30 tahun dengan menggunakan pas lawatan sosial, dan merupakan suami kepada seorang wanita warga tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semasa serbuan dilakukan, lelaki itu sedang menyerahkan dokumen yang telah dipalsukan kepada pelanggan di luar premis berkenaan, dan siasatan lanjut telah membawa kepada serbuan di sebuah pangsapuri yang terletak di Bandar Baru Ampang, yang dijadikan tempat menyimpan dan memalsukan dokumen.
Khairul Dzaimee berkata pihaknya turut menemui lapan pasport antarabangsa pelbagai negara, 29 keping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang belum dicetak dan dipercayai palsu, cop 'keluar' Jabatan Imigresen Malaysia dipercayai palsu, pelbagai jenis cop, sebuah laptop dan sebuah mesin pencetak, selain 24 keping lesen memandu antarabangsa serta wang tunai sebanyak RM4,000.
IMIGRESEN-PALSU 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Kesemua barang yang dirampas dipercayai berkait dengan aktiviti sindiket ini. Modus operandi sindiket adalah dengan menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Iran yang ingin mendapatkan pas dan dokumen untuk tinggal dalam negara ini," jelasnya.
Khairul Dzaimee berkata bayaran yang dikenakan bagi setiap pas yang dipalsukan antara RM300 hingga RM500 sekeping, yang akan dibuat secara dalam talian ke akaun bank pihak ketiga yang bersubahat dengan dalang ini.
Katanya sindiket ini dipercayai telah beroperasi hampir dua tahun dan berselindung di sebalik perniagaan menjual kain cadar tilam berdasarkan iklan yang diletakkan di hadapan premis yang diserbu.
"Ini merupakan kes sindiket pertama yang melibatkan warga Iran sebagai dalang utama sindiket pemalsuan dokumen. Suspek ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata suspek berusia 58 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu, ditahan dalam satu operasi khas di sebuah premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Gambar fail/BERNAMA

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Lelaki Iran dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan pasport antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki warga Iran, Rabu lepas.

Dua lelaki Bangladesh dalang sindiket palsu dokumen diberkas
Ketika serbuan, suspek berusia 34 dan 37 tahun itu sedang menyiapkan tempahan yang diterima iaitu pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pasport.

Imigresen tumpas sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Indonesia
Warga Indonesia yang ditahan termasuk tiga lelaki dalang sindiket, seorang lelaki yang berperanan sebagai 'runner' dan dua kanak-kanak lelaki berumur dua tahun.