PUTRAJAYA:Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Indonesia yang aktif di sekitar Lembah Klang, menyaksikan penahanan 33 rakyat negara itu dalam lima serbuan di Klang, Selangor dan Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Mohamad Fauzi Md Isa berkata antara warga Indonesia yang ditahan termasuk tiga lelaki dalang sindiket berumur lingkungan 38 hingga 41 tahun, seorang lelaki yang berperanan sebagai 'runner' berumur 25 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berumur dua tahun.
"Sindiket ini membuat pelbagai dokumen palsu dan cop-cop Imigresen Malaysia palsu. Pelanggan mereka merupakan warga Indonesia yang ingin pulang ke negara asal mereka," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Beliau berkata sindiket itu membuat iklan melalui risalah serta orang tengah untuk mendapatkan pelanggan dan dianggarkan seramai 500 warga Indonesia telah mendapatkan perkhidmatan mereka sejak beroperasi dalam tempoh setahun.
Mohamad Fauzi berkata sindiket itu mengenakan caj perkhidmatan antara RM100 dan RM1,500 bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
Antara barang yang dirampas ialah 18 unit cop masuk Imigresen Malaysia, 20 unit cop Keluar Imigresen Malaysia, lima unit cop Pas Khas palsu, lima keping Cetakan Pas Khas Imigresen palsu, 62 unit Pelbagai Cop Keluar/Masuk dari negara Indonesia, China, Singapura dan Thailand, 33 pasport Indonesia, 23 Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP), 36 Surat Keputusan COVID-19 palsu dan dua keping surat Kementerian Kesihatan Malaysia palsu.
Mohamad Fauzi berkata kesemua pasport Indonesia dan SPLP yang dirampas akan dihantar ke Kedutaan Indonesia untuk tujuan pengesahan ketulenan.
Beliau berkata tiga dalang dan 'runner terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu Seksyen 55D berkaitan pemalsuan atau pindaan bagi pengendorsan atau dokumen dan Seksyen 6(1)(c) berkaitan tinggal di Malaysia tanpa pas sah.
Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 berkaitan menjalankan penyeludupan migran.
Sementara itu, 29 orang lagi akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu Seksyen 6(1)(c) kerana tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas, katanya.
Mohamad Fauzi berkata kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Mohamad Fauzi berkata antara warga Indonesia yang ditahan termasuk tiga lelaki dalang sindiket, seorang lelaki yang berperanan sebagai 'runner' dan dua kanak-kanak lelaki berumur dua tahun. - BERNAMA

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Lelaki Iran dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dan pasport antarabangsa susulan penahanan seorang lelaki warga Iran, Rabu lepas.

Dua lelaki Bangladesh dalang sindiket palsu dokumen diberkas
Ketika serbuan, suspek berusia 34 dan 37 tahun itu sedang menyiapkan tempahan yang diterima iaitu pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pasport.

Imigresen tumpas sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Indonesia
Warga Indonesia yang ditahan termasuk tiga lelaki dalang sindiket, seorang lelaki yang berperanan sebagai 'runner' dan dua kanak-kanak lelaki berumur dua tahun.