KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menghina beberapa tokoh agama dan pemimpin negara menerusi video di Facebook.
Ahmad Farhan Mohd, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara sedar menggunakan kemudahan rangkaian Facebook untuk membuat hantaran komen kepada kumpulan Facebook Gabungan Anak Terengganu dengan niat untuk menyakitkan hati dan menganggu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar kawasan Bandaraya Kuala Terengganu pada jam 5 petang, pada 20 November 2020.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain itu mahkamah turut menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Gong Badak setiap bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama serta pemimpin negara menerusi video di Facebook berakhir apabila ditahan polis.
Nur Fazlizai Ali
Thu Jun 10 2021
Ahmad Farhan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman. - Gambar/ Astro AWANI
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Iran tarik balik sekatan aplikasi media sosial
Pihak berkuasa Iran telah menarik balik larangan ke atas aplikasi Meta, WhatsApp, dan Google Play sebagai langkah pertama mengurangkan sekatan internet di negara itu.
Lelaki hina tokoh agama di Facebook dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menghina beberapa tokoh agama dan pemimpin negara menerusi video di Facebook.