KUANTAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Maran ditemukan lemas pada 7.05 petang semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, ditemukan kira-kira 700 meter dari lokasi motosikalnya dijumpai.
Mangsa yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan beralamat di Felda Ulu Jempol, Maran dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi Khamis, sebelum motosikalnya ditemukan di rumah pam itu tengah hari semalam.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Zulfadli berkata pihaknya dimaklumkan seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Emas, Sungai Lembing di sini pada 3.50 petang semalam.
Bagaimanapun identiti mangsa masih tidak dikenal pasti dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) telah diaktifkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Mangsa, Mohd Rohaizan Abdullah, ditemukan kira-kira 700 meter dari lokasi motosikalnya dijumpai. - Foto JBPM Pahang

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Taman Sri Muda terima rumah pam baharu, kurangkan risiko banjir besar - Exco
Projek Rumah Pam Taman Sri Muda telah siap sepenuhnya dengan penambahan tiga unit pam skru, yang dijangka mampu mengurangkan risiko banjir besar di kawasan berkenaan.

Lelaki hilang di rumah pam ditemukan lemas
Mangsa, pemegang kad OKU, beralamat di Felda Ulu Jempol, Maran dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi Khamis.

Gangguan air di Kuala Lumpur dijangka pulih hari ini
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah hari ini.

Mayat lelaki dipercayai terjatuh ditemui di rumah pam
Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terjatuh ke dalam Rumah Pam Water Park Kelab Cinta Sayang, pada Sabtu.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

Mayat remaja mangsa lemas rumah pam ditemukan tertimbus dalam pasir
Mayat Mohd Fariz Iqbal Hafzai Nizam Iskandar ditemukan tertimbus di bawah pasir di dasar sungai kira-kira 4 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Gangguan bekalan air di Selangor, KL akibat penutupan loji Sungai Semenyih
Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA).
Syabas: Kerajaan S'gor punca masalah ketiadaan air
Syabas mendakwa kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepam tambahan di rumah pam Wangsa Maju menjadi punca kepada masalah ketiadaan air di sana.