Seorang lelaki hampir putus lengan kiri dan cedera di bahagian kepala akibat ditetak.

Kejadian berlaku di Jalan Buluh Gading, Manir dekat sini ketika trafik sesak.

Insiden dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati.

Mangsa dikatakan membunyikan hon selepas sebuah kereta Kancil berwarna merah memasuki laluan dihadapannya.

Suspek yang juga pemandu kereta Kancil kemudian mengeluarkan sebilah parang dan bertengkar dengan mangsa di tengah-tengah jalan raya.


Dalam pergelutan itu suspek dipercayai melibas parang lalu mengenai lengan dan kepala mangsa.

Akibat libasan lengan kiri mangsa hampir putus paras siku.

Suspek kemudianya melarikan diri dengan kenderaannya dari tempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa bersama isteri dan dua anak mereka dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Besut.

Polis kini mengesan suspek.

Kes disiasat siasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.