GEORGE TOWN: Seorang pemilik kedai gambar di Jalan Penang di sini cedera di beberapa bahagian badan dan kedua-dua tangan selepas diserang dan ditetak bekas pekerjanya yang menuntut gaji berjumlah RM1,700 hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 62 tahun berkenaan sedang berada di dalam premis tersebut ketika didatangi suspek berusia 48 tahun yang bersenjatakan kapak dan pisau lipat pada 9.50 pagi.
"Kejadian bermula apabila suspek yang diberhentikan kerja pada 12 April lepas datang ke kedai tersebut kerana mahu menuntut gaji berjumlah RM1,700 yang belum dibayar oleh warga emas berkenaan.
"Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek menetak mangsa berikutan berang dengan tindakan mangsa yang tidak mahu membayar gajinya. Semasa kejadian itu, tiada sesiapa (pelanggan atau pekerja) di dalam kedai itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Amanat Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata kejadian itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi polis dan suspek berjaya ditahan anggota unit peronda polis ketika masih berada di kedai tersebut.
Beliau berkata mangsa dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil manakala suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu dalam ucapan menerusi amanat itu, Mohd Shuhaily berkata hanya 10 peratus daripada 5,474 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang dibenarkan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Yang lain (pegawai dan anggota) akan bertugas seperti biasa dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Seorang pemilik kedai gambar di Jalan Penang di sini cedera di beberapa bahagian badan dan kedua-dua tangan selepas diserang dan ditetak bekas pekerjanya yang menuntut gaji berjumlah RM1,700 hari ini. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pemilik kedai gambar cedera ditetak bekas pekerja
Seorang pemilik kedai gambar di Jalan Penang cedera di beberapa bahagian badan dan kedua-dua tangan selepas diserang dan ditetak bekas pekerjanya yang menuntut gaji berjumlah RM1,700 hari ini.