KLUANG: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, dekat sini, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat Shahrizan Jum, 34, ditemui selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran pada jam 1 pagi.
"Abang iparnya memaklumkan mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 malam Sabtu, namun tidak memaklumkan arah tujuannya.
"Waris memaklumkan mangsa tidak bekerja dan hanya menjaga kedua ibu dan bapa yang telah uzur berumur lingkungan 66 tahun selain tidak ada membuat apa-apa pinjaman wang dan tiada permusuhan dengan mana-mana pihak.
"Pemeriksaan juga mendapati si mati berseorangan dalam kereta dan berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Bahrin lagi, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ahmad Syawal Azwan berkata, selepas mendapat panggilan kecemasan mengenai insiden itu, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, ketika sampai ke tempat kejadian, didapati terdapat kereta yang terbakar sebanyak 95 peratus.
"Pemadaman menggunakan satu aliran salur dan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta.
"Mayat diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 07 2024
![Lelaki ditemukan rentung dalam kereta Lelaki ditemukan rentung dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712473507_rentung.jpg)
Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, dekat sini, awal pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Lelaki ditemukan rentung dalam kereta Lelaki ditemukan rentung dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712473507_rentung.jpg)
Lelaki ditemukan rentung dalam kereta
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat Shahrizan Jum, 34, ditemui selepas kerja-kerja