ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan selepas mengugut bapa sendiri dengan parang kerana menyangka anaknya dihalau keluar dari sebuah rumah di Kampung Kubang Lintah, mukim Lepai di sini pada Isnin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 3 pagi itu, suspek berusia 48 tahun mengejutkan bapanya berusia 84 tahun sebelum bertanya di mana anaknya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek yang tidak berpuas hati lalu turun ke bawah rumah serta membawa sebilah parang dan mengeluarkan kata-kata ugutan.
"Warga emas itu melarikan diri ke rumah seorang lagi anaknya yang lain dan kemudian ke balai polis membuat laporan.
"Siasatan mendapati punca pertengkaran kerana suspek beranggapan mangsa telah menghalau anaknya keluar dari rumah, sedangkan anak suspek kini tinggal di rumah sewa bersama rakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Shukri berkata, tiada sebarang kecederaan dialami oleh mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 31 2022

Dalam kejadian lebih kurang jam 3 pagi itu, suspek berusia 48 tahun mengejutkan bapanya berusia 84 tahun sebelum bertanya di mana anaknya. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lelaki ditahan ugut bapa dengan parang
Dalam kejadian lebih kurang jam 3 pagi itu, suspek berusia 48 tahun mengejutkan bapanya berusia 84 tahun sebelum bertanya di mana anaknya.