LUMUT: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjalankan aktiviti melombong bitcoin secara tidak sah serta terlibat mencuri elektrik dengan nilai rampasan sebanyak RM3.5 juta di sekitar daerah Manjung, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek berumur 28 tahun itu yang bekerja di sebuah premis perniagaan ditahan di Ayer Tawar di sini dalam Operasi Bersepadu Khas Bitcoin dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam.
"Polis telah melakukan pemeriksaan terhadap 75 premis di sekitar daerah ini dan 30 premis didapati menjalankan aktiviti melombong bitcoin secara tidak sah serta melakukan perbuatan mencuri elektrik manakala 45 lagi premis yang diperiksa didapati tidak berpenghuni dan tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Polis merampas 1,720 unit mesin bitcoin, 15 unit monitor, 22 Unit Pemprosesan Pusat (CPU), 16 papan kekunci, tujuh unit tetikus, 56 unit modem, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux, 44 unit kipas, lima unit alat penggera, tujuh unit kamera litar tertutup (CCTV) serta sebuah komputer riba," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini pada Khamis.
Mior Faridalathrash berkata pihaknya masih menjalankan siasatan secara terperinci mengenai dalang di sebalik kegiatan itu serta tempoh aktiviti tersebut sudah dijalankan.
Menurutnya, pihak TNB juga menganggarkan kecurian elektrik yang dilakukan bernilai kira-kira RM2 juta.
Beliau berkata suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Mior Faridalathrash berkata pihaknya masih menjalankan siasatan secara terperinci mengenai dalang di sebalik kegiatan itu serta tempoh aktiviti tersebut sudah dijalankan. - Gambar fail/BERNAMA
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko
Mata wang kripto, iaitu sebarang bentuk mata wang digital - juga dikenali sebagai aset digital - semakin mendapat perhatian global termasuk Malaysia dan dilihat sebagai alternatif terbaik kepada mata
Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen
Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan
Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara
Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih
Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.
Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod
Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika semakin hampir diluluskan.
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram Bitcoin atau wang kripto.
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach terbesar dalam sejarah Twitter.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.