ALOR SETAR:Seorang lelaki yang berang kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling ditahan selepas cuba mencederakan anggota polis menggunakan cangkul dalam insiden pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata insiden berlaku di rumah suspek ketika anggota polis cuba mendapatkan penjelasan susulan tindakannya yang sebelum itu merakam gambar petugas keselamatan menjalankan tugas di satu sekatan jalan raya di kampung itu.
"Pada kira-kira 10.40 pagi di kawasan sekatan jalan raya diadakan, suspek yang berusia 43 tahun telah merakam gambar petugas keselamatan di situ kerana marah tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPB.
"Anggota polis kemudian telah mengekori suspek sehingga ke hadapan rumahnya dan cuba mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya mengambil gambar tersebut sebelum suspek bertindak memarahi anggota polis berkenaan.
"Suspek kemudian telah masuk ke dalam rumah dan keluar sambil mengangkat sebatang cangkul dan menuju ke arah seorang anggota polis dan cuba menghayun cangkul itu ke arah anggota tersebut tetapi tidak berjaya kerana anggota polis lain menyekatnya," demikian menurut Syed Basri dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berlaku pergelutan antara anggota polis dengan suspek sebelum dia ditahan.
Syed Basri berkata siasatan awal mendapati suspek yang bekerja kilang bertindak mengambil gambar petugas keselamatan di sekatan jalan raya itu kerana tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan keluar dari kampung tersebut.
Katanya suspek tidak tergolong sebagai individu yang mendapat kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPB berdasarkan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Bernama
Sun Oct 18 2020

Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lelaki ditahan cuba serang anggota polis dengan cangkul
Seorang lelaki yang berang kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPB di Kampung Padang Che Mas, Baling ditahan selepas cuba mencederakan anggota polis menggunakan cangkul.