Seorang lelaki tempatan yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria ditahan hari ini.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.30 pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki terbabit dipercayai menggunakan penerbangan transit ke Brunei sebelum ke Turki dan seterusnya ke Syria.
Suspek sedang bersendirian sebelum ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, katanya.
Beliau berkata dengan penangkapan terbaharu itu, pihaknya telah menahan 46 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS.
Khalid berkata pihak polis sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan militan di luar negara.
"Saya memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggunakan Malaysia sebagai transit seperti untuk menyertai kumpulan militan IS di Syria, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan apa-apa yang mengancam ketenteraman negara, mereka akan dikenakan tindakan tegas," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-59 penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan di Kompleks PSP, Cheras hari ini.
Katanya polis percaya pihak yang ingin menyertai IS mempunyai jaringan tertentu di selatan Filipina seperti merekrut anggota baharu.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihak polis bersama jabatan imigresen, pejabat daerah dan beberapa agensi penguat kuasa menahan 350 pendatang asing tanpa izin (Pati) di sekitar Cameron Highlands baru-baru ini.
"Selain itu, polis juga telah menempatkan satu kompeni Polis Gerakan Am di kawasan tertentu bagi memantau Pati dan penerokaan tanah secara haram," katanya
Bernama
Wed Dec 17 2014
KHALID: Suspek dilaporkan sedang bersendirian sebelum ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. - Foto Fail
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.
Semua premis GISB di Sabah, Sarawak tidak lagi beroperasi - KPN
Semua premis berkaitan GISB di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi susulan Op Global dijalankan PDRM baru-baru ini.
Polis kesan individu rakam video turunkan Jalur Gemilang - KPN
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam merakam video menurunkan Jalur Gemilang dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia.
PDRM mahu kongsi kemahiran dengan agensi penguat kuasa lain - KPN
PDRM berhasrat berkongsi kepakaran dimiliki pasukan itu dengan agensi penguatkuasa lain menerusi pelbagai kursus yang boleh dianjurkan pada masa hadapan.