KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki menghalang anggota polis melakukan pemeriksaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 5.45 pagi tadi dan dibawa ke Pondok Polis TBS untuk tindakan lanjut.
Katanya terdahulu sepasukan polis yang melakukan rondaan terminal berkenaan telah mengesan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan Pintu C.
"Ketika diminta dokumen pengenalan diri, suspek tidak memberikan kerjasama dan telah berlaku pergelutan semasa pemeriksaan dijalankan. Sekali lagi pergelutan berlaku antara suspek dan anggota apabila dia cuba melarikan diri ketika berada di Pondok Balai TBS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002).
Muhammad Idzam meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi talian penting Polis Cheras di 03-9284 5050/ 5051, Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 13 saat yang memaparkan kes tangkapan itu di terminal berkenaan.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 5.45 pagi tadi dan dibawa ke Pondok Polis TBS untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Enam peserta ke konsert akhir ialah Dadali Dyrga, Ning Baizura, Zehra Zambri, The Lima, Liza Aziz dan Sheila Abdul.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu
Pihak berkuasa menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.
Aidiladha: Warga kota pilih bas pulang ke kampung kerana kos murah, dapat rehat
Warga kota memilih menggunakan bas untuk pulang ke kampung halaman kerana harga tambang yang lebih murah dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berehat berbanding memandu kenderaan sendiri.
Selepas LRT, Anthony Loke tinjau perkhidmatan KTMB, TBS
Loke berkata, beliau menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.
PRU15: TBS dibanjiri penumpang untuk pulang mengundi
Terdapat penumpang yang terpaksa duduk di lantai sementara menunggu waktu perjalanan bas masing-masing kerana kekurangan tempat duduk.
Lelaki disyaki halang tugas penjawat awam di TBS ditahan
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 5.45 pagi tadi dan dibawa ke Pondok Polis TBS untuk tindakan lanjut.
Kompaun wanita dalam bas, polis nafi bertindak tidak adil
Wanita berusia 20-an itu tidak mengimbas kod QR MySejahtera ketika hendak menaiki bas walaupun telah dinasihatkan oleh pemandu bas berkenaan.
Perintah larangan pergerakan, ramai pilih pulang ke kampung
Kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.
#SemakFakta: Gambar tular kesesakan TBS di media sosial palsu!
Menurut laman Twitter rasmi TBS, imej yang mendapat perhatian ramai itu merupakan visual yang diambil ketika perayaan Aidilfitri pada 2017.
Tahun Baharu Cina: 316 bas ekspres diberi LPS, tampung permintaan pengguna - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, penambahan bas itu bagi menampung permintaan yang dijangka terus meningkat.
Terminal bas disyorkan guna e-wallet - Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan mengesyorkan semua syarikat perkhidmatan bas ekspress dan bas henti-henti untuk menggunakan sistem e-wallet seperti yang diperkenalkan kerajaan.