AYER KEROH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didakwa memaksa isterinya melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan ketakutan terhadap wanita itu, Mei lalu.
Tertuduh, Mohd Faidros Mustafa, 41, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dalam suatu perkahwinan yang sah telah menyebabkan ketakutan kecederaan kepada isterinya yang berusia 32 tahun untuk mengadakan persetubuhan dengannya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Batu 2 1/2 Balai Panjang dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira jam 9 malam 9 Mei lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Mengikut fakta kes, tertuduh mengugut untuk menikam perut isterinya itu jika enggan menuruti kehendaknya melakukan hubungan seks bersama selain mangsa juga telah dipaksa mengambil dadah jenis syabu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan dia telah insaf serta tidak akan mengulangi perbuatannya itu.
Majistret Mohamad Izwan pada penghakimannya kemudian menetapkan hukuman lapan bulan penjara dari tarikh ditangkap pada 14 Ogos lalu.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 03 2022

Tertuduh, Mohd Faidros Mustafa dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas didakwa memaksa isterinya melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan ketakutan terhadap wanita itu, Mei lalu. - Gambar Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lelaki dipenjara 8 bulan ugut tikam isteri, paksa lakukan hubungan seks
Tertuduh juga memaksa isterinya ambil dadah jenis syabu.