KUANTAN: Seorang lelaki berusia 37 tahun dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai terjun dari Jambatan Kuantan berhampiran Pasaraya Giant, di sini, sekitar tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah malam berhubung kejadian.

“Beberapa pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dikejarkan ke lokasi bagi operasi pencarian dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Pencarian menggunakan sebuah bot aluminium masih belum menemukan mangsa, dan sehingga kini operasi masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)