Seorang lelaki dijumpai mati di dalam longkang bersebelahan kilang di Taman Pusat Kepong, di sini, hari ini.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Roshan, 47 tahun, itu bekerja sebagai pengawal keselamatan telah dijumpai orang awam kira-kira jam 8.45 pagi tadi.
Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Shamsol Maarif Saibani, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.39 pagi.
Seramai lapan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Jinjang telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa ialah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).
"Mayat mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
Anthea Yap
Thu Oct 13 2016
Seorang lelaki dijumpai mati di dalam longkang bersebelahan kilang di Taman Pusat Kepong, di sini, hari ini. -Foto JBPM
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Lelaki dijumpai mati dalam longkang di Kepong
Seramai lapan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Jinjang telah dikejarkan ke lokasi kejadian.