Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menjatuhi hukuman denda RM4,000 ke atas seorang juruteknik selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, Selasa lalu.
Majistret Nor Izzati Zakaria juga memerintahkan M. Kathiravan, 27, menjalani hukuman penjara selama lapan bulan, jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 malam 2 Jun lalu, di Jalan Haji Ahmad di sini, selepas kereta dipandunya ditahan oleh anggota polis yang malakukan rondaan Op Mabuk di kawasan tersebut.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.
Peguam Mohd Fadzli Mohd Ramly yang mewakili tertuduh merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling rendah kerana anak guamnya menyesal dengan kesilapan itu dan menjaga ibu bapanya dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.
"Tertuduh juga telah memberikan kerjasama yang baik kepada anggota polis terlibat selepas dia ditahan dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nafizah Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020
Kathiravan dijatuhi hukuman denda RM4,000 selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol. -Gambar hiasan
Xiaomi dilapor akan lancar cip 3nm sendiri pada tahun 2025
Kerana ia merupakan cip 3nm, besar kemungkinan cip ini akan digunakan pada peranti mercu seperti siri Xiaomi 16 kelak.
AWANI Ringkas: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PILKADA 2024: Kawasan panas & figura politik tumpuan
Eksekutif, Penyelidikan & Khidmat Nasihat, KRA Group Ahmad Fedullah berkongsi unjuran beliau berkenaan kawasan-kawasan panas dan figura politik yang menjadi tumpuan pada Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024.
Tambah baik fasiliti, Jadikan Ngoca bertaraf antarabangsa
Ahli Parlimen Kuala Pilah mencadangkan kementerian menyediakan peruntukan bersesuaian untuk naik taraf stadium bola ngoca di Kuala Pilah. “Jadikan Pesta Bola Ngoca acara sukan bola antarabnagsa bagi merancakkan ekonomi dan peluang pendapatan untuk masyarakat setempat” Katanya.
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Ciri Recents di Spotify diperkenal, simpan sejarah dengar lagu selama 90 hari
Recents akan mengintegrasikan sejarah mendengar lagu, podcast, dan buku audio.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Bencana banjir: Jambatan Teladas Lama penanda aras untuk Kemaman
Bagi meninjau situasi banjir di Kemaman, Terengganu, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil.
Kerajaan sasar tingkat pengecas DC hingga 1500 unit
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah meningkatkan sasaran untuk pengecas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) dari 1000 ke 1500 unit.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta, bapa akan didakwa
Bapa dan anaknya berusia 12 tahun yang tular memandu kereta membawa dua adik di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakwa berkaitan kesalahan berkenaan.
Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Undang-undang sedia ada sudah cukup tegas - Anthony Loke
Penguatkuasaan sememangnya berjalan sepanjang masa, malah ada yang telah pun diambil tindakan sehingga diheret ke mahkamah.
11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk tangani isu lumba haram, mat rempit
Cadangan pindaan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.
JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.
Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.
Lelaki OKU maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam maut selepas dirempuh kereta di bawah jejantas berhampiran Perodua Hijau Kuning, Alor Setar, hari ini.
Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.