KUANTAN: Seorang penyelia sebuah syarikat perlombongan didenda RM200,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran sah pada Februari dan April lalu.
Tertuduh, Saharudin Sa'ya, 50, turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda RM100,000 bagi setiap pertuduhan yang diperintahkan Hakim, Azman Mustapha.
Sementara itu, tujuh jentera termasuk jengkaut dan lori yang disita di lokasi dilucutkan hak di bawah Seksyen 426C (3) Kanun Tanah Negara 1965.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Pengarah Pendakwa raya Negeri Pahang, Shahrizat Ismail, tertuduh didakwa menduduki tanah berasingan yang terletak bersebelahan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas), Kampung Sungai Ular di sini, pada 13 Februari dan 5 April lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes dikemukakan, pegawai penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang telah membuat pemantauan di lokasi itu dan memeriksa jentera termasuk lori membawa muatan disyaki pasir silika yang berada di kawasan tersebut.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara bagi mengenal pasti sama ada tanah yang diduduki itu tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
Bagaimanapun, hasil semakan agensi berkaitan mendapati tiada sebarang kelulusan atau kebenaran diberikan untuk menduduki kawasan itu.
Siasatan ke atas pemandu jentera mendapati mereka menjalankan kerja-kerja pemindahan pasir silika di kawasan itu atas arahan tertuduh.
Sebelum itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah denda yang paling minimum ke atasnya.
Alasannya, dia hanya bekerja di syarikat tersebut dan selepas ditahan dia tidak bekerja hingga hilang sumber pendapatan untuk menyara keluarga.
Pada masa sama, dia juga merayu agar jentera yang disita dikembalikan memandangkan ia disewa dan perlu dikembalikan kepada pemiliknya.
Bagaimanapun pihak pendakwaan dalam hujahnya memohon hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kesalahan itu berlaku dua kali di lokasi berdekatan.
Shahrizat berkata, perbuatan itu satu kesalahan serius kerana merugikan kerajaan negeri selain boleh merosakkan alam sekitar.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 09 2023
![Lelaki didenda RM200,000, duduki tanah kerajaan secara haram Lelaki didenda RM200,000, duduki tanah kerajaan secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691571022_lelakididenda.jpg)
Tertuduh diiringi keluar selepas mengaku bersalah dan didenda di Mahkamah Sesyen di Kuantan pada Rabu atas dua pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran. - Foto Sinar Harian
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Lelaki didenda RM200,000, duduki tanah kerajaan secara haram Lelaki didenda RM200,000, duduki tanah kerajaan secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691571022_lelakididenda.jpg)
Lelaki didenda RM200,000, duduki tanah kerajaan secara haram
Seorang penyelia syarikat perlombongan didenda RM200,000 selepas mengaku salah atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.