GUA MUSANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini atas pertuduhan membunuh ibu tirinya di sebuah rumah di Kampung Batu Machang, Jerek, Gua Musang, Kelantan minggu lalu.
Tertuduh, Abdul Aziz Abdullah, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibu tirinya, Rahana Abd. Razak, 55.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di rumahnya di Kampung Batu Machang di sini kira-kira jam 3.30 hingga 4.30 petang pada 16 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
BACA: Tetak ibu tiri: 'Dia selalu minta wang dipercayai untuk beli pil kuda' - Bapa suspek
Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan hasil bedah siasat.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, seorang ibu berusia 55 tahun mati dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya putus ditetak anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek.
BACA: Lelaki tetak leher ibu tiri sehingga putus direman
Dalam kejadian jam 4.55 petang itu, suspek telah menyerah diri di Balai Polis Bertam dan mengatakan telah membunuh ibu tirinya dengan parang.
Muhafandi Muhamad
Tue Feb 22 2022

Abdul Aziz Abdullah ketika tiba di Mahkamah Majistret Gua Musang pagi ini. - Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Lelaki didakwa tetak ibu tiri hingga maut
Abdul Aziz Abdullah hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

Lelaki tetak leher ibu tiri sehingga putus direman
Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia selepas lehernya putus ditetak anak lelaki tirinya di rumah mereka di Kampung Batu Machang, Jerek.