BUTTERWORTH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas satu pertuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100,000 dua tahun lepas.
Sai Bee Nyean, 59, pesakit buah pinggang tahap akhir didakwa menerima deposit daripada seorang wanita berjumlah RM103,635 tanpa lesen sah mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Mei 2022 hingga Ogos 2022 di sebuah premis di Lorong Melor, Sintat Garden Off Jalan Raja Uda, Butterworth.
Sai didakwa di bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan, namun peguam Ch'ng Kim Hock yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana anak guamnya seorang pesakit buah pinggang tahap akhir yang memerlukan rawatan dialisis beberapa kali seminggu.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 26 Feb untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Tertuduh (tengah) yang merupakan pesakit buah pinggang tahap akhir mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya. - Foto Sinar Harian
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Lelaki didakwa terima deposit tanpa lesen lebih RM100,000
Seorang lelaki didakwa menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100,000 dua tahun lepas.

Tiga termasuk suami isteri didakwa terima wang deposit tanpa lesen
Sepasang suami isteri dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM50,000.

Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen
Nurshafeza Jamaludin, 36, didakwa menerima wang itu daripada seorang wanita, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ahli perniagaan bebas pertuduhan terima deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah
Mahkamah Sesyen membebaskan seorang ahli perniagaan daripada pertuduhan menerima wang deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah daripada seorang pakar perunding kardiologi.