SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah hampir RM50,000 kira-kira tiga tahun lepas.
Tertuduh ialah Suchart Ee @ Quah, 57, yang merupakan pengarah sebuah syarikat, isterinya Kamontip Chu @ Chim, 49, yang juga kerani kewangan di syarikat sama dan seorang bekas pengarah syarikat itu, Mohamad Nahur Azad Ibrahim, 41.
Di hadapan Hakim Azman Abu Hassan, ketiga-tiga tertuduh menghadapi satu pertuduhan iaitu secara bersama menerima wang deposit tanpa lesen yang sah sebanyak RM17,000 daripada Teng Li Fong, 38, di Perdana Height di sini antara 11.47 pagi hingga 11.52 pagi pada 10 Nov 2020.
Sementara itu, di hadapan Hakim Roslan Hamid, ketiga-tiga tertuduh menghadapi tiga pertuduhan secara bersama menerima wang deposit sebanyak RM11,385, RM6,000 dan RM15,000 daripada individu sama tanpa lesen yang sah di lokasi sama antara 9 Mac 2020 hingga 30 Sept 2020.
Kesemua pertuduhan di kedua-dua mahkamah berkenaan didakwa di bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali.
Hakim Azman dan Hakim Roslan masing-masing membenarkan jaminan RM10,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh dan menetapkan 16 Jan tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hamizah Mat Shah dan Zulfadzly Hassan, sementara ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ummi Kalthum Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Sepasang suami isteri dan seorang individu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM50,000. - Foto Bernama
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Lelaki didakwa terima deposit tanpa lesen lebih RM100,000
Seorang lelaki didakwa menerima deposit tanpa lesen berjumlah lebih RM100,000 dua tahun lepas.

Tiga termasuk suami isteri didakwa terima wang deposit tanpa lesen
Sepasang suami isteri dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima deposit tanpa lesen hampir RM50,000.

Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen
Nurshafeza Jamaludin, 36, didakwa menerima wang itu daripada seorang wanita, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ahli perniagaan bebas pertuduhan terima deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah
Mahkamah Sesyen membebaskan seorang ahli perniagaan daripada pertuduhan menerima wang deposit hampir RM1 juta tanpa lesen sah daripada seorang pakar perunding kardiologi.