KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan rasuah bagi mendapatkan tender berhubung kerja-kerja pembekalan, pemprosesan dan percetakan notis saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sebuah syarikat antara 2019 dan 2020.
Mohd Shazwan Shaharuddin, 37, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shazwan didakwa secara rasuah bersetuju menerima bagi dirinya daripada pekerja Syarikat SR Express (M) Sdn Bhd, Ukasyah Amiruddin, 33, suatu suapan lima peratus daripada nilai tender iaitu RM2,122,500 sebagai upah kerana membantu mendapatkan tender bagi kerja-kerja Perkhidmatan Membekal, Memproses, Mencetak dan Mengepos Notis Saman PDRM kepada syarikat itu di sebuah bistro di Taman Melawati di sini pada 11 malam, Julai 2019.
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua hingga kelapan, tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan daripada individu sama berjumlah RM568,000 melalui cek dan wang tunai sebagai upah untuk membantu mendapatkan tender bagi kerja-kerja serupa terhadap syarikat sama di sebuah bank di Jalan Ampang dan sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Tiara Kemensah di sini antara 24 Feb hingga 13 Okt 2020, mengikut seksyen sama.
Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat Rasyidah Azmi Kalai menawarkan jaminan RM250,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu.
Peguam Ridha Abdah Subri, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan RM50,000 dengan dua penjamin dan pasport anak guamnya akan diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai atas alasan dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri selain memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan.
"Perniagaan anak guam saya terjejas ekoran pandemik COVID-19 dan dia juga merupakan penanggung tunggal keluarga," kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran dan menetapkan 7 Sept untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Mohd Shazwan Shaharuddin, 37, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.