Polis menahan seorang lelaki selepas menjumpai bungkusan plastik hitam berisi daun, disyaki daun ketum seberat 225 kilogram di dalam kereta yang dipandunya di tepi jalan Kampung Sungai Rubana dekat sini, petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Teluk Intan, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan tujuh pegawai dan anggota polis kira-kira jam 3.15 petang.
Menurutnya, sebanyak 45 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun ketum ditemui di dalam kereta jenis Toyota itu yang dianggarkan bernilai RM2,250.
“20 bungkusan plastik hitam yang dianggarkan seberat 100 kilogram ditemui di tempat duduk penumpang belakang manakala 25 bungkus lagi yang dianggarkan seberat 125 kilogram di dalam bonet kereta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Selain rampasan daun-daun ketum, polis turut merampas kereta yang digunakan yang kesemuanya berjumlah RM12,250.
Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal mendapatinya negatif dari sebarang dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jul 19 2019

20 bungkusan plastik hitam ditemui di tempat duduk penumpang belakang manakala 25 bungkus lagi di dalam bonet kereta. Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Titisan darah, bau bangkai, rupanya ular sawa 3.6 meter
Seorang wanita tergamam apabila menyedari terdapat titisan darah daripada bonet hadapan kenderaanya ketika berhenti di sebuah stesen minyak.

Lelaki diberkas bersama 225kg daun ketum
Suspek berusia 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan tujuh pegawai dan anggota polis kira-kira jam 3.15 petang.

Bayi baru lahir ditemui atas bonet kereta di Bayan Lepas
Seorang pekerja kilang terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di atas bonet keretanya di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini hari ini.