Seorang bekas pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi pada 22 Mei lepas.
Majistret Lee Jun Keong memerintahkan Juel Huran, 35, menjalani hukuman itu mulai hari ini.
Dalam penghakimannya, Lee berkata mahkamah memandang serius kesalahan itu kerana ia boleh mengancam keluarga diraja.
Mengikut kertas pertuduhan, Juel didakwa berada dalam kawasan istana pada 9.22 pagi 22 Mei lepas tanpa memiliki pas, kad atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang diberikan kuasa di bawah Perintah Kawasan Larangan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298) dan dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ketika merayu hukuman ringan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, berkata dia telah mengganggur sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa menyara isteri yang tidak bekerja serta dua anak berusia enam dan 10 tahun.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 27 2020

Mahkamah memandang serius kesalahan itu kerana ia boleh mengancam keluarga diraja. - Gambar fail

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Sultan Johor berkenan sediakan bubur lambuk untuk rakyat
Bubur lambuk yang merupakan 'buah tangan' dari Istana bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini.

Lelaki ceroboh istana dipenjara lima bulan
Seorang bekas pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi pada 22 Mei lepas.

Petugas barisan hadapan bakal terima bubur lambuk air tangan Sultan Johor
Juadah berkenaan akan diedarkan termasuk kepada mereka yang bertugas dalam sekatan jalan raya.

Muhyiddin persembah situasi COVID-19 ketika menghadap Sultan Johor
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai situasi terkini COVID-19.

Sultan Ibrahim miliki lebih 200 koleksi tongkat
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memiliki koleksi lebih 200 tongkat pelbagai reka bentuk dan saiz

Sultan Johor sedia balas kad raya rakyat
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersedia mengutus kembali kad ucapan Hari Raya yang diterima daripada rakyat jelata.

Teka-teki siapa ganti Osman di Johor diketahui hari ini
Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Baharu akan diadakan pagi ini di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada jam 9.30 pagi.

Osman mengadap Sultan Johor, maklum peletakan jawatan sebagai MB
Pengerusi Pakatan Harapan Johor itu juga akan menyampaikan beberapa nama untuk dipertimbangkan Tuanku sebagai calon Menteri Besar.

Sultan Johor dihadiahkan replika kayu 500kg motosikal Harley-Davidson
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima sebuah hadiah replika Harley-Davidson berukiran kayu seberat 500 kilogram di Istana Pasir Pelangi, Johor, baru-baru ini.

Lelaki ceroboh Istana Pasir Pelangi untuk jumpa Sultan Johor
Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis selepas menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada tengahari Jumaat.