JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 15 rekod jenayah kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Aman, Kluang Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan di sekitar Kluang kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Beliau berkata polis menerima laporan kejadian pecah rumah itu pada 6.42 pagi, Jumaat dan siasatan mendapati ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan hanya disedari pengadu selepas penggera di telefon bimbitnya berbunyi.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki telah memanjat masuk ke dalam rumah melalui pagar di depan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik serta didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian air kencing.
"Lelaki berkenaan kini ditahan reman selama lima hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya sambil menambah kejadian itu tidak melibatkan kehilangan wang atau barang berharga.
Terdahulu, tular satu video berdurasi seminit 10 saat menerusi media sosial memaparkan seorang individu memanjat pagar di sebuah rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023
Lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan di sekitar Kluang kira-kira pukul 3.30 petang semalam. - Gambar hiasan
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis
Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.
Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.
Dua rakan curi periuk, sudip dipenjara empat tahun
Dua rakan dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan termasuk periuk dan sudip.
Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas.
Polis tahan pempengaruh wanita disyaki pecah rumah bekas suami
Polis menahan seorang pempengaruh wanita tempatan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kota Bharu semalam.
2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah
Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.
2 suspek pecah rumah pemain Selangor FC Khuzaimi Piee ditahan di Terengganu
Polis menyelesaikan kes pecah rumah pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee dengan tertangkapnya dua lelaki tempatan di Terengganu.
Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta
Tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Jurulatih Muay Thai didakwa rogol gadis
Seorang jurulatih Muay Thai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan pecah rumah.