KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan anggota geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin serta merampas pelbagai barangan yang dicuri bernilai lebih RM4 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata enam lelaki warga asing dan dua wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara dan Bangkok, Thailand susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa yang pulang ke kediamannya pada 11.34 malam mendapati bilik utama dalam keadaan berselerak dengan 30 koleksi jam tangan mewah pelbagai jenama, barangan kemas dan wang tunai RM20,000 lesap.
"Bertindak atas maklumat risikan, dua lelaki warga asing berusia 20 dan 22 tahun ditahan pada 6 Jun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.
Rusdi berkata susulan penangkapan itu, tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan pada 9 Jun manakala seorang lagi wanita tempatan ditangkap pada 11 Jun lepas.
Beliau berkata tangkapan terakhir melibatkan seorang lelaki warga asing dilakukan pihak berkuasa Thailand di Bangkok pada 14 Jun lepas.
"Lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri dan waran tangkap telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk suspek dibawa ke Malaysia," katanya.
Polis katanya turut merampas pelbagai barangan kes termasuk 29 utas jam tangan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.5 juta, 97 unit barang kemas dianggarkan bernilai RM2.5 juta serta wang tunai RM4,550.
Menurut Rusdi, kumpulan itu dilengkapi alat penyekat isyarat kamera litar tertutup dan bergerak menggunakan kenderaan sewa.
Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah memecah masuk kediaman ketika penghuni tidak berada di rumah dengan kaedah mengumpil pintu rumah.
Lima suspek katanya akan dituduh di mahkamah esok di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34, Seksyen 411 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan
Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Polis Diraja Malaysia menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang membabitkan satu pautan rakaman video.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah
Antara dadah dirampas terdiri daripada pil ekstasi seberat 62.64kg syabu 20.78kg, ketamin 5.23kg, pil Eramin 5 sebanyak 1.15kg.

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Indonesia serah 700 kenderaan Maung MV3 buatan tempatan kepada tentera dan polis
Kenderaan itu sangat mudah alih, mampu dipersenjatai untuk pertempuran dan dibina untuk menyokong operasi ketenteraan dan bukan ketenteraan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.