Lebih RM600,000 dibelanjakan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk mencetak buku penjelasan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Himpunan Baju Merah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kedua-dua buku diterbitkan bertujuan untuk memberi penjelasan secara fakta mengenai kedua-dua isu berkenaan.
"Ini memandangkan kedua-dua isu dipolitikkan sehingga memberi impak yang ketara dari aspek keselamatan dan kesejahteraan negara," kata Salleh.
Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan kepada Teo Kok Seong (DAP-Rasah) yang menanyakan tentang bilangan buku 1MDB dan Himpunan Baju Merah serta kos pencetakannya.
Buku berjudul 1MDB: Siapa kata tidak dijawab dicetak sebanyak 125,000 naskhah dalam tiga bahasa.
Majoritinya dicetak dalam Bahasa Malaysia iaitu 100,000 buah manakala 15,000 buah dicetak dalam Bahasa Tamil dan baki 10,000 buah dicetak dalam Bahasa Inggeris.
Kos pencetakan bagi buku tersebut adalah pada kadar RM4.85 sebuah menjadikan jumlahnya RM606,250.
Bagi buku 'Himpunan Baju Merah' pula, ia dicetak pada kadar RM6 sebuah sebanyak 2,000 buah menjadikan jumlah kos pencetakan tersebut sebanyak RM12,000.
Hafiz Marzukhi
Mon Mar 14 2016
![Lebih RM600,000 dibelanja untuk buku 1MDB, Himpunan Baju Merah - Salleh Lebih RM600,000 dibelanja untuk buku 1MDB, Himpunan Baju Merah - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61456995685_SallehSaidKeruak.jpg)
SALLEH: Kedua-dua isu telah dipolitikkan sehingga menjadi memberi impak kepada negara.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Lebih RM600,000 dibelanja untuk buku 1MDB, Himpunan Baju Merah - Salleh Lebih RM600,000 dibelanja untuk buku 1MDB, Himpunan Baju Merah - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61456995685_SallehSaidKeruak.jpg)
Lebih RM600,000 dibelanja untuk buku 1MDB, Himpunan Baju Merah - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kedua-dua buku diterbitkan bertujuan untuk memberi penjelasan secara fakta mengenai kedua-dua isu berkenaan.