YAN: Sebanyak 327 runtuhan cerun di sepanjang jalan-jalan persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti dan akan dibaik pulih dengan peruntukan keseluruhan dianggarkan lebih RM400 juta.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kebanyakan jalan persekutuan yang terlibat adalah di negeri-negeri di Pantai Timur selain di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
"Setakat ini kita membuat baik pulih cerun di 121 lokasi daripada 327 lokasi. Ada yang yang telah siap, ada yang masih dalam pembinaan, ada yang dalam perancangan, mengikut betapa serius keruntuhan cerun tersebut.
"Ada runtuhan yang berskala kecil, yang berskala kecil itu sebahagiannya sudah siap, ada yang sederhana yang dalam perancangan dan yang besar mungkin memerlukan banyak masa untuk kita selesaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja pembaikan cerun FT252 Jalan Gunung Jerai di sini hari ini.
Antara lokasi runtuhan cerun berskala besar dan serius, kata beliau termasuk di Cameron Highlands, Jerantut, Kuala Lipis dan Bentong di Pahang; Kuala Klawang dan Genting Peras, Negeri Sembilan dan Simpang Pulai, Perak.
Fadillah berkata di Kedah sebanyak 12 runtuhan cerun yang berlaku di jalan persekutuan iaitu Jalan Gunung Jerai dan jalan negeri di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Jalan Kuala Kedah yang sedang dibaik pulih dengan sebahagian besar daripada kerja-kerja itu telah pun siap.
Beliau berkata terdapat tujuh runtuhan cerun di Jalan Gunung Jerai dan lima di Jalan Kuala Kedah dengan kos keseluruhan untuk membaik pulih sekitar RM15 juta.
"Kalau kita melihat di bawah itu (di Jalan Gunung Jerai) kerjanya agak kompleks bukan sekadar membuat semula cerun tetapi memasang 'netting' untuk menghalang runtuhan dan melindungi jalan-jalan kita dan diharapkan dengan projek yang telah dijalankan ini akan mengurangkan risiko berlakunya lagi runtuhan pada masa akan datang," katanya.
Menurut Fadillah lagi, ada beberapa lagi runtuhan cerun di jalan persekutuan lain di negeri ini yang telah dikenal pasti dan kerja-kerja baik pulih sedang dirancang membabitkan peruntukkan kira-kira RM6 juta.
Mengulas mengenai insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor, baru-baru ini beliau berkata kerja baik pulih runtuhan itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri, sementara kementerian menerusi JKR hanya menyediakan kepakaran dan nasihat yang diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022

Antara lokasi runtuhan cerun berskala besar dan serius, termasuk di Cameron Highlands, Jerantut, Kuala Lipis dan Bentong di Pahang; Kuala Klawang dan Genting Peras, Negeri Sembilan dan Simpang Pulai, Perak. - Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Banjir: JKR Kelantan mengesan 10 runtuhan di jalan persekutuan
Kawasan runtuhan jalan yang berlaku itu membabitkan jajahan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang.

KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan sebanyak RM55.97 juta melibatkan 30 Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan untuk jalan Persekutuan di Kulim, Kedah dan Sandakan, Sabah.

KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan
Sebanyak RM24.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek jalan raya sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna di pulau bebas cukai ini tahun ini.

Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Aidilfitri
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April sempena perayaan Aidilfitri.

70 peratus jalan Persekutuan di Mersing telah dibaiki - MB Johor
Kira-kira 70 peratus jalan Persekutuan yang rosak di negeri ini termasuk FT03 (Mersing-Kota Tinggi-Johor Bahru) telah dibaiki, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

60 peratus Jalan Persekutuan sudah capai tempoh luput, perlu diperbaiki - Fadillah
Memandangkan peruntukan tinggi diperlukan, rundingan dengan syarikat konsesi dibuat selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian.

Isu Jalan Gerik-Jeli tidak selamat sudah dibangkit dalam mesyuarat - MB Perak
Bagaimanapun, katanya, Jalan Gerik-Jeli tertakluk di bawah jalan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Lebih RM400 juta baik pulih runtuhan cerun di jalan persekutuan seluruh negara - Fadillah
Kebanyakan jalan persekutuan yang terlibat adalah di negeri-negeri di Pantai Timur selain di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

98 jalan persekutuan, 126 jalan negeri terjejas akibat banjir - NADMA
Sebanyak 98 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri terjejas akibat banjir yang melanda tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Melaka, Pahang dan Kedah.

Plaza tol dan persimpangan Shah Alam terus ditutup
PLUS Malaysia Bhd telah menyelaraskan usaha untuk menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.