PORT DICKSON: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan empat buat bot penumpang kerana membawa lebihan muatan penumpang di perairan Port Dickson, di sini pagi Khamis.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua bot itu ditahan pada jam 11.15 pagi di kedudukan 0.2 batu nautika barat laut Pantai Tanjung Biru di sini.
"Semasa anggota penguatkuasa Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan operasi telah melihat beberapa bot penumpang yang sarat dengan penumpang.
"Pemeriksaan dilakukan mendapati, kesemua empat bot membawa penumpang iaitu pelancong warganegara China itu didapati membawa muatan penumpang melebihi dari had 12 orang penumpang yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, tindakan pengusaha bot yang tidak mengikut peraturan boleh mengundang bahaya kerana ada di antara bot tersebut membawa penumpang sehingga 33 orang ketika diperiksa.
Selain itu katanya, satu dari empat bot yang diperiksa juga didapati tidak mempunyai lesen yang sah.
Ujarnya, kesemua bot tersebut telah dibawa ke jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.
"Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan agar keselamatan di laut terjamin.
"Sebarang maklumat salah laku dakecemasan di laut sila laporkan segera ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023
Tindakan pengusaha bot tidak mengikut peraturan boleh mengundang bahaya kerana ada antara bot tersebut membawa sehingga 33 penumpang ketika diperiksa. - Gambar/ Sinar Harian
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.
Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pada 7 Januari
Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan pada 7 Januari bermula 8 pagi hingga 8 pagi (8 Januari) bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan 'stop log guide' dan pemasangan paip.
Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.
Koridor Ekonomi Anjung Selatan medium terbaik selaras projek pembangunan berimpak tinggi
Koridor Ekonomi Anjung Selatan menjadi medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Payung pantai lebih cantik ganti khemah biru di Telok Kemang bermula 11 Jan - MPPD
Beliau berkata pihaknya telah membuat perolehan payung pantai tersebut dan ia mengambil sedikit masa kerana melibatkan kuantiti yang banyak.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.