Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memberi amaran untuk menutup lebih banyak taman rekreasi di Pulau Pinang sekiranya penduduk negeri itu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, sepanjang pemantauan pihaknya mendapati masih ada segelintir masyarakat yang memandang ringan perkara tersebut sewaktu beriadah.
Rozali berkata, meskipun aktiviti seperti berjoging tidak mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka namun mereka perlu menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada di kawasan riadah.
Menurutnya, MBSP sebelum ini telah menutup taman rekreasi Vision Park di Bertam, Kepala Batas kerana pengunjung tidak memberi kerjasama serta tidak patuh pada SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.
"Saya telah bagi amaran untuk taman tumpu kerana taman tumpu di Seberang Jaya ini juga pengunjungnya tidak beri kerjasama. Saya beri masa seminggu, jika taman ini pun masih ramai yang tidak patuhi SOP, taman ini akan jadi taman kedua yang pihak kita akan tutup.
"Memang sewaktu berjoging tidak perlu memakai pelitup muka, tetapi alat mainan, gim tidak boleh guna. Mana-mana kawasan yang kita ikat tali tape (pita larangan) janganlah dibuka. Yang berjoging perlu jaga penjarakan fizikal. Jika minggu depan masih lagi gagal patuhi SOP, saya akan ambil tindakan tutup taman ini dari digunakan untuk rekreasi," kata Rozali disini hari ini.
Tegas Rozali, walaupun berada dalam zon kuning, MBSP masih membenarkan penduduk menjalani aktiviti sukan seperti biasa tetapi hendaklah patuh pada SOP dalam usaha mengekang wabak COVID-19 merebak.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pemantauan kerja disinfeksi di Blok A, Flat Tuna yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Sabtu.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo.
Situasi COVID-19 di Pulau Pinang merekodkan jumlah kumulatif kes sebanyak 136 kes yang mana 122 kes pulih, 13 masih aktif dan satu kematian.
Sementara itu, Jagdeep Singh berkata, sejak terdapat kes baharu di Pulau Pinang pada 8 Ogos lepas, pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan dipertingkatkan semula dengan tumpuan diberikan di semua kemudahan awam.
"Kita lihat ada kluster dari negeri lain datang ke Pulau Pinang dan oleh itu saya telah ambil keputusan, kedua-dua PBT iaitu MBPP dan MBSP untuk meningkatkan usaha pemantauan sepertimana sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang asal.
"Walaupun ketika ini kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kita tak akan ambil mudah dan akan tingkat pemantauan disemua tempat dinegeri ini," kata Jagdeep Singh.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Aug 22 2020
Jika ada kawasan yang dihalang dengan tali (pita), orang ramai dilarang untuk membukanya. - Gambar fail
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
MBSP mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Lebih banyak taman rekreasi akan ditutup jika tidak patuh SOP - MBSP
Berdasarkan pemantauan, masih ada segelintir masyarakat yang memandang ringan perkara tersebut sewaktu beriadah.