KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan berharap lebih banyak syarikat swasta untuk tampil memperkenalkan feri elektrik bagi meyokong usaha produk-produk pengangkutan mesra alam sekitar.
Menterinya Anthony Loke berkata pihaknya berbangga kerana ada pelaburan terhadap syarikat Malaysia iaitu Yinson Holdings Bhd yang terlibat dalam pembinaan 'Green Mobility' marin.
"Apabila saya melihat pembentangan syarikat ini...ia kini sedang membina sebuah feri penumpang berlandaskan elektrik, ini merupakan satu penerokaan baharu.
"Kita mengharapkan lebih banyak usaha daripada pihak syarikat swasta untuk turut memperkenalkan feri-feri elektrik ini sebab kalau kita menyebut pasal kenderaan elektrik (EV), ia tidak hanya melibatkan kereta dan motosikal.
'Saya berpendapat ini satu usaha yang baik kerana kalau syarikat swasta dapat melabur dalam perkara ini dan memperkenalkan produk-produk lebih mesra alam sekitar kepada sektor pengangkutan, sudah tentu ia adalah sesuatu yang disambut baik oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Dan Pembiayaan antara Yinson Holdings Bhd (Yinson), RRJ Capital (RRJ) dan Farosson di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata ia sudah tentu memerlukan 'buy-in' daripada pihak operator dan Yinson telah memperkenalkan beberapa konsep pemilikan antaranya motosikal elektrik yang menawarkan skim sewa beli.
"Untuk motosikal, banyak syarikat-syarikat penghantaran memerlukan motosikal tetapi kalau ia memerlukan pelaburan yang besar, berkemungkinan syarikat swasta tidak akan berminat," katanya.
Menurutnya skim sewa beli tersebut mampu menarik perhatian lebih banyak syarikat terutamanya syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meneroka pemilikan kenderaan selain mengadaptasi EV.
"Saya perhatikan pelaburan pada hari ini sangat baik kerana ia dapat melonjakkan Malaysia dalam peta pemilikan EV ini kerana kadar 'take-up' (minat) kita dalam EV ini masih rendah.
"Kalau syarikat penghantaran ini boleh memulakan penggunaan motosikal EV, saya rasa ini satu trend yang boleh diperkembangkan lagi. Dalam pada itu, Yinson turut terlibat dalam menawarkan feri elektrik," katanya.
Hari ini, Yinson telah memeterai perjanjian kerjasama dengan firma pelaburan global RRJ untuk bersama-sama membangunkan infrastruktur tenaga dan projek teknologi di seluruh dunia termasuk melalui peruntukan pembiayaan sebanyak AS$300 juta.
Perjanjian kerjasama itu turut ditandatangani Badan Penasihat, Pelaburan dan Pengurusan Aset kumpulan tersebut, Farosson yang disaksikan oleh Loke.
Pada acara itu, para tetamu turut mengambil bahagian dalam pameran oleh Yinson GreenTech (YGT) yang menampilkan penyelesaian untuk ekosistem yang bersih, bersepadu dan dipertingkatkan teknologi merentas segmen marin, mobiliti serta infrastruktur.
Antara dipamerkan ialah basikal elektrik YGT dengan bateri boleh tukar, rydeEV, penyelesaian pajakan kenderaan elektrik, infrastruktur pengecasan pemanduan dan EV iaitu chargEV.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yinson Holdings Berhad, RRJ Capital, dan Farosson hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.

MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.